in ,

Top 5 Pelakon Lelaki Korea Yang Korang Kena Tahu

Sumber gambar: www.soompi.com

Korang kalau tonton drama, apa yang pertama korang tengok dulu? Kalau macam Zoe, sudah pasti pelakonnya dahulu sebab di situ kita boleh tahu sama ada dia adalah pelakon yang berbakat atau tidak walaupun memang mereka sudah ada bakat. Bagi Zoe pelakon yang hebat adalah pelakon yang mampu bawa watak tidak kira orang kaya ke, miskin ke, orang gila ke, orang selekeh ke tanpa ada masalah. Ini sebab tidak semestinya yang kacak bergaya sahaja layak bawa watak kaya dan segak tetapi ada sahaja yang sesuai bawa banyak watak dan kalau mereka benar-benar menjiwai watak, pasti kita akan terhibur dan terbawa perasaan emosi dengan setiap watak yang mereka bawa. Jadi, jom kita tengok siapa dalam list LUNARIA top 5 kami pelakon lelaki Korea yang wajib korang kenal.

YEO JIN GOO

Sumber gambar: channel korea

Kalau korang tonton Hotel Del Luna yang baru sahaja ditayangkan pada tahun lalu, mesti korang kenal Yeo Jin Goo. Dia sebenarnya dah mulakan kerjayanya sejak 2005 iaitu pada zaman Jin Goo kanak-kanak lagi. Selain itu, antara anugerah yang pernah dimenangi Jin Goo juga adalah Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Filem Blue Dragon iaitu semasa filem Hwayi: A Boy Monster pada 2013 dan antara filem lain Jin Goo yang Zoe paling minat adalah Shoot Me in the Heart sebab dia berlakon sebagai pesakit mental di hospital sakit jiwa, memang terbaik jalan cerita itu tau

NAM JOO HYUK

Sumber gambar: soompi

Nam Joo-hyuk merupakan model dan pelakon Korea, nama dia mula dikenali oleh ramai peminat sejak dia berlakon dalam drama Weightlifting Fairy Kim Bok-joo dan The Bride of Habaek. Pelakon yang tinggi lampai ini walaupun selalu dapat watak yang biasa sahaja tetapi dia memang pandai menjiwai watak sebab itu dia ramai peminat!

YOON SHI YOON

Sumber gambar: soompi

Yoon Shi-yoon pula antara pelakon muda yang paling senior dalam list ini dan selalu menjadi watak utama dalam banyak K-Drama sebab dia mampu bawa pelbagai watak. Dia debut dengan drama King Baking, Kim Takgu pada tahun 2010. Dan dia juga telah menjadi ahli dalam variety show popular di Korea iaitu 2 days 1 night. Dan sekarang ini, antara drama paling terbarunya adalah Psychopath Diary, which is korang memang wajib tonton sebab memang kelakar habis.

PARK BO GUM

Sumber gambar: soompi

Sebut sahaja nama Park Bo Gum mesti ramai yang kenal sebab dia antara pelakon Korea yang termuda yang duduk dalam carta Actor of The Year dalam carta Gallup Korea. Selain itu, dia juga merupakan pelakon pertama yang duduk dalam carta Korea Power Celebrity oleh Forbes. Memang hebat bukan? Walaupun dia muda lagi tetapi dia sudah hampir 10 tahun tau dalam industri lakonan.  

LEE JAE WOOK

Sumber gambar: soompi

Kalau korang tonton drama Memories of the Alhambra, mesti korang kenal dengan Lee Jae Wook. Untuk pengengetahuan korang, itulah drama debut untuk Jae Wook walaupun hanya sebagai watak sampingan sahaja. Sekarang ini pula, dia tampil sebagai salah satu watak utama dalam drama Extraordinary You, korang tengok ke tidak cerita itu? Zoe tengok sebab muka dia ala-ala komik gituu

Untuk pengetahuan korang, mereka semua masih muda lagi tau! Dan kalau korang perhatikan, kebanyakan pelakon nampak lebih macho, matang, segak dan lebih lelaki daripada idol. Ada yang setuju dengan kami tidak? Jadi, selepas ini korang boleh lah cuba tonton drama dan filem mereka sebab memang berbaloi dan lakonan mereka nampak natural sahaja

What do you think?

19 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments