in ,

Top 5 Lagu Korea Tentang Friendship

Sumber gambar: www.koreaboo.com

Lagu selalunya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan sebab bila kita dengar alunan muzik dan fahami lirik, memang akan beri kesan kepada emosi dan kadang-kadang ia juga boleh pengaruhi gaya hidup, sikap dan apa sahaja di sekeliling kita. Lagu juga boleh di inspirasi dari segala yang berada di sekeliling kita sebab ia boleh dijadikan salah satu kenangan yang indah atau sebaliknya dalam hidup kita sebagai contoh dengan adanya kawan-kawan yang sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita selepas keluarga. Jadi, jom kita tengok top 5 lagu Korea yang bercerita mengenai friendship dalam kehidupan! Mana tahu boleh masuk dalam music playlist korang dan BFF! Hehe! 

IKON – BEST FRIEND

Lagu IKON Best Friend ini kalau dengar memang harmoni sahaja dan sesuai untuk korang berangan kalau tak faham makna lagunya. Akan tetapi maksud lagu ini adalah tentang BFF di antara lelaki dan perempuan tau! Ala! Friendzone ke? Haha! Dalam lagu ini juga, IKON macam cakap yang lelaki itu suka kawan perempuan dia tapi kawan dia dah berpunya. Hmm, dan akhirnya lelaki itu pun redha dan lama-lama terima saja kenyataan yang lebih baik berkawan. LOL!

AGUST D – DEAR MY FRIEND

Dear My Friend dari Agust D atau lebih kita kenal Yoongi BTS ini adalah lagu mengenai kawan lama dia sewaktu dia di Daegu, hometown dia yang sekarang ini berada dalam penjara. Dalam lagu ini dia cakap yang dia benci sangat kawan dan dah hilang kepercayaan pada kawannya selepas kawannya ajak Yoongi ini untuk cuba sentuh bahan haram. Yoongi juga cuba sampaikan yang dia dah macam tak kenal kawan dia ini sebab itu bukanlah perangai kawan dia yang sebenar. Yoongi benci tetapi dalam masa yang sama rindu pada kawan dia ini sebab kawan dia ini sahaja lah kawan dia dalam dunia. OMG! Sedihnya cerita lagu ini! Huu…

GEEKS – FLY

Fly atau terbang! Ya! Kenapa tidak kan kalau korang dan kawan-kawan boleh terbang tinggi dan capai cita-cita dan impian korang bersama-sama macam lagu yang dinyanyikan oleh Geeks ini? Memang best sangat lagu ini sebab dia bercakap bagaimana kawan korang dan korang boleh sama-sama beri semangat satu sama lain dan sentiasa percaya bahawa korang akan capai kejayaan dan benda yang korang inginkan satu hari nanti!

BTOB – FRIEND

You’re my brother from another mother, sister from another mister” antara lirik yang dimaksudkan dalam lagu ini. What a coincidence! selepas lagu ini dikeluarkan, leader BTOB Eunkwang pun pergi military, lagu ini memang nak cakap bonding antara BTOB ini memang dah ibarat adik-beradik dan mereka akan sentiasa rindu dan support each other bila-bila masa di mana jua!

BTS – SPRING DAY

Lagu yang setiap kali ada sahaja carta baru yang menang dan dia akan naik semula, dan sehingga kini walaupun sudah 3 tahun, ia masih berada dalam carta lagu tau! Lagu yang ditulis oleh RM ini mempunyai makna yang sangat mendalam tau! Dalam bahasa yang lebih mudah untuk korang fahamkan lagu ini adalah ia tentang kehilangan seseorang yang kita sangat sayang sampai sanggup berusaha untuk buat apa sahaja untuk dapatkan dan dekatinya semula. BTS ini kan! Suka main emosi halus pendengar tau! Huhu…

Jadi, korang yang sayang sangat dengan kawan korang itu, boleh lah bagi playlist ini pada mereka. Baru lah sweet! Iya lah! Asyik main-main sahaja dengan kawan, why not kadang-kadang itu kita show off sisi sweet pada kawan kan? Mana tahu dia terharu… haha! 

What do you think?

36 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Rupanya Fungsi Kotak Makanan Cereal…

Betul Ke Cukur Muka Boleh Buat Kita Flawless?