in ,

Top 5 Jenama Skincare Korea Yang Menjadi Pilihan Ramai

Sumber gambar: indianexpress.com

Zaman sekarang ini, ramai yang nak jadi cantik dan sentiasa menjaga kecantikan dan kesihatan. Which is memang bagus sangat sebab semua orang ada kesedaran untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Bukan setakat itu saja, malah pengaruh beauty standards dari Korea Selatan pun sangat kuat sehinggakan ramai orang yang suka follow cara mereka menjaga kecantikan dan kesihatan lebih lagi tentang kulit. Jadi, dah alang-alang bercakap tentang skincare, apa kata kita tengok top 5 jenama skincare dari Korea yang menjadi pilihan ramai.

INNISFREE

Sumber gambar: pinterest

Mesti ramai di antara korang memang dah kenal pun dengan produk Innisfree,  betul tak? Untuk pengetahuan korang, Innisfree memang ramai yang suka guna sebab ia adalah produk penjagaan kulit yang sentiasa melembab dan bersihkan kulit. Bukan setakat itu saja, malah Innisfree juga memang sesuai untuk semua jenis kulit dan sangat berpatutan.

SOME BY MI

Sumber gambar: yes style

Kalau korang di antara orang yang mempunyai masalah untuk menghilangkan bekas jerawat, produk Some By Mi ini memang sangat sesuai untuk kulit korang. Bukan setakat itu, Some By Mi juga antara produk yang memang sangat membantu untuk kecilkan pori muka korang supaya kulit korang tak naik jerawat.

LANEIGE

Sumber gambar: pinterest

Di antara semua produk, Laneige ini antara produk yang mencegah penuaan dan membantu pulihkan kulit muka yang rosak. Memang kalau nak dibanding dengan produk skincare yang lain, Laneige agak sedikit mahal tapi kalau korang nak maintain, apa salahnya kan? hehe! 

APRIL SKIN

Sumber gambar: martini blanc

Dibuat daripada bunga calendula, produk April Skin memang tidak banyak sangat jenis produknya tetapi ia menjanjikan hasil kulit yang lebih sihat, jika korang menggunakannya dengan baik dan teratur. 

DR. JART+

Sumber gambar: yes style

Memang daripada dermatologi yang terbaik, Dr. Jart+ adalah produk yang berasaskan sains dan apa yang best mengenai Dr. Jart+ ini adalah semua produknya memang sangat unik dan kreatif dan sangat berseni tau! Cuba tengok jenis botol produk Dr. Jart+, memang cantik kan! 

Walaupun ada yang mahal dan juga yang berpatutan tetapi ia masih menjadi pilihan ramai orang disebabkan keberkesanannya. Akan tetapi, masih juga korang kena ingat yang tidak semua jenis kulit sesuai dengan jenama tertentu. Ada jenama skincare memang sesuai sangat untuk seseorang, dan ada juga sebaliknya. Apa-apa pun, kalau korang nak yang terbaik untuk kulit, cukup buat basic skincare pun sudah memadai.

What do you think?

19 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Tentang Tubuh Badan Manusia Yang Korang Perlu Tahu

Boleh Pergi Panggung Wayang, Ini Promosi Jimat Tengok Wayang