in ,

Top 5 Cerita Korea Sweet ‘Teruk’ Sehingga ‘Tercyduk’!

Sumber gambar: koreandramaland.com

 

 

 

 

 

K-Drama memang tak pernah terlepas langsung babak-babak yang menarik perhatian kita. Kalau dia punya sedih itu, memang sedih habis, kalau kelakar memang pecah perut dibuatnya, dan kalau romantik pula memang sangat sweet sampai diri kita sendiri pun tercyduk, setuju tak? Macam korang yang memang master dalam K-Drama, mesti korang lagi power dalam drama apa yang paling direkomen oleh kaki K-drama juga betul tak? Tapi kali ini, Zoe akan kongsi top 5 cerita Korea yang bagi Zoe akan buat kita tercyduk gitu…

ABYSS

Sumber gambar: kdramapal

Go Se-yeon adalah seorang pendakwa yang cantik dan Cha Min pula adalah penggantinya yang agak tidak menarik bagi sebuah syarikat kosmetik yang dihidupkan semula dengan rupa yang berbeza selepas mereka kemalangan. Penampilan mereka bergantung kepada kebaikan yang mereka telah lakukan sebelum ini.. Jadi mereka yang baik tapi rupa bashe-bahse sebelum dihidupkan dengan rupa yang helok! Mereka mula bekerja di firma undang-undang yang sama sambil mencari sebab-sebab kebangkitan mereka. Korang kena tengok betapa manisnya cara bercinta.. bunga-bunga hati sis!

MY ABSOLUTE BOYFRIEND

Sumber gambar: kdramapal

My Absolute Boyfriend adalah sebuah drama bergenre romance-comedy dan campuran fantasi. Drama ini mengambil cerita tentang kisah cinta antara robot dan manusia. Da-Da merupakan seorang make up artis, dan dia ada sebuah robot yang di program untuk jadi perfect boyfriend untuknya. Memang sweet sangat sebab ada Yeo Jin Goo! Kalau betul ada robot boyfriend dijual di Malaysia korang nak try tak? 

ITAEWON CLASS

Sumber gambar: forbes

Drama ini memang baru sahaja ditayangkan dan memang korang kena tengok sebab ada Park Seo Joon. Oh my oppa! Itaewon Class menceritakan kehidupan Park Sae-roy iaitu seorang pemuda gigih yang tak boleh nak berkompromi langsung dengan ketidakadilan dan korupsi yang berlaku di depan mata dia, apa yang akan jadi cuba korang tengok nanti okay! Dalam sibuk-sibuk gigih memerangi jenayah, dia sempat jatuh cinta.. Aww!

MY FIRST, FIRST LOVE

Sumber gambar: soompi

Untuk cerita ini pula, ia mengisahkan tentang cinta pandang pertama. Bagaimana korang jatuh cinta dengan kawan sendiri pada pandangan pertama dan tiba-tiba best friend korang sendiri pun jatuh cinta dengan orang yang sama korang suka. Untuk korang yang mungkin hadapi kisah yang sama dengan best friend sendiri, cerita ini mungkin korang boleh relate!

HE IS PSYCHOMETRIC

Sumber gambar: soompi

Setelah kehilangan orang tuanya dalam insiden kebakaran apartment, Lee Ahn ada kelebihan psikometri yang mampu membaca masa silam orang hanya dengan sentuh orang itu. Dia pun gunakan kelebihannya itu untuk jatuhkan orang yang jahat di sekelilingnya sehinggalah dia bertemu Yoon Jae In orang yang mampu mengawal kelebihan Lee Ahn. Kalau dalam dunia nyata ada kebolehan ini, mesti ramai penjenayah kena tangkap! 

Ha! Dah alang-alang tak tahu nak buat di rumah, apa kata korang cuba tonton salah satu daripada apa yang Zoe cadangkan ini? Mana tahu, boleh buat stok untuk berangan korang ke, kalau berangan ini dapat bantu tingkatkan mood korang akan jadi lebih positif, why not betul tak? Korang tunggu apa lagi? Pergi ambil stok snek korang dan tontonlah cerita mana yang kena dengan korang okay! Jangan lupa review drama yang paling romantik dan paling onz untuk korang di bawah!

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Kedai Barangan Murah Korang Kena Serbu!

List Kartun² Jepun Yang Memang Legend Habis!