in ,

Top 5 Artis Yang Pandai Dalam Akademik!

Sumber gambar: twitter.com

Kebanyakan dari masyarakat kita selalu beranggapan mereka yang bergelar selebriti selalunya tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, setuju tak? Selain itu juga, masih ada lagi orang yang beranggapan kalau nak jadi selebriti ini, kita tak perlu pun belajar tinggi-tinggi. Cukup dengan muka yang kacak dan cantik sahaja itu pun korang dah boleh pergi jauh katanya. Well! Ramai yang silap.. Sebenarnya sudah banyak artis yang terkenal dan berbakat yang pandai dalam bidang akademik.

MIRA FILZAH

Sumber gambar: cinema

Siapa saja dalam Malaysia ini yang tak kenal Mira Filzah? Sudahlah cantik, berlakon pun hebat, ayu lembut jadi pujaan hati ramai lelaki dan pandai pula itu! Dan korang yang minat dia tahu yang Mira Filzah adalah seorang yang bijak susun strategi dalam kariernya, patutlah dia pandai sebab dia ada Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

SUFIAN SUHAIMI

Sumber gambar: the star

Seperti yang ramai tahu, Sufian Suhaimi adalah antara penyanyi yang juga dah sambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kalau korang nak tahu, dia juga pernah ditawarankan untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat tertinggi iaitu Doktor Falsafah (PhD) dari beberapa universiti awam dan swasta tetapi terpaksa menangguhkan hasratnya sebab nak memberi fokus pada karier seninya. Nanti bila baby Pian dah ada masa nak sambung PhD, kita sebagai peminat kenalah faham kalau dia jarang aktif berkarya okay! 

NAJWA LATIF

Sumber gambar: roti kaya

Waktu dia sekolah dulu, lagu Cinta Muka Buku memang selalu berulang-ulang dan kita pun jadi gatal dan ikut menyanyi sekali. Walaupun dia dah jadi penyanyi waktu dia masih sekolah, dia tidak pernah mengabaikan pelajaran sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dan bukan setakat itu sahaja, Najwa Latif siap dah dapat  Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan kini masih menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang sama. Woah! Ingat senang ke nak sambung belajar tinggi-tinggi ini.

AYIE FLOOR 88

Sumber gambar: xtra

Vokalis kumpulan Floor 88 ini Ayie pun memang bukan sahaja berbakat dalam bidang muzik tetapi dia juga baru sahaja menamatkan Ijazah Sarjana Muda Teater dengan Kepujian (Lakonan) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Korang ingat nak masuk ASWARA itu senang ke? Ia antara salah satu institusi yang susah nak masuk tau! Jadi Ayie ini memang bukan calang-calang okay! 

NAMJOON BTS

Sumber gambar: we heart it

Eh? Tiba-tiba sesat seorang dia sahaja orang Korea di sini? Haha.. bolehlah! Namjoon BTS pun antara musician yang memang bukan sahaja berbakat tetapi dengan IQ 148 dia siap sambung belajar dalam bidang Kejuruteraan Elektronik di peringkat Ijazah Sarjana tau! Woah! Lagilah semua orang jatuh cinta betul tak? Hehe

Nampak tak? Itu baru lima sahaja tau yang kami senaraikan. Sebenarnya ramai lagi yang sudah senior dalam dunia hiburan ini yang memang bijak pandai dalam bidang akademik dan yang masih BBNU atau junior ini semua masih lagi belajar. Don’t judge a book by it’s cover orang kata. Hehe! Korang sebagai peminat pula, tunggu apa lagi? Why not korang jadikan mereka ini sebagai motivasi dan idola untuk bakar semangat korang supaya bersungguh-sungguh belajar di sekolah nanti? Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Terima Komen Negative, Puteri Balqis Deactivate Instagram

Doktor Dolittle Kembali Beraksi Dalam Penggembaraan Bantu Ratu