in ,

Top 5 Anime Dalam Netflix Yang Korang Patut Layan!

Sumber gambar: twitter.com/nezarzqn

Kebelakangan ini, selain drama dan movie, semakin ramai pula orang yang suka menonton anime. Ia ada movie dan ada juga yang berepisod atau bermusim. Bukan setakat itu saja, malah setiap karakter anime juga ada peminat mereka yang tersendiri! Dah macam idola pula.. Kali ini, LUNARIA nak kongsi dengan korang di antara top 5 anime dalam Netflix yang patut korang layan! 

THE SEVEN DEADLY SINS

Seven Deadly Sins ini dulu adalah satu kelompok aktif yang terdiri dari para pahlawan dari Buratania. Mereka telah dibubarkan kerana dituduh bakal menggulingkan kerajaan Liones dan telah dituduh mati tapi ada satu khabar baru yang mengatakan mereka sebenarnya masih hidup. Setelah 10 tahun, Holy Knight telah menyuruh askar mereka menangkap raja dan menguasai kerajaan. Di situ, bermulalah kisah di mana puteri ketiga, Elizabeth memulakan perjalanan untuk bertemu dengan Seven Deadly Sins untuk meminta bantuan mereka untuk rebut kembali kerajaan Holy Knight.

VIOLET EVERGARDEN

Kisah tentang Violet Evergarden yang pulang dari perang. Violet merupakan seorang gadis muda yang sebelumnya dikenali sebagai “senjata” sewaktu di medan perang sampailah dia memutuskan untuk tinggalkan dunia tersebut untuk memulakan hidup baru. Namun, dalam perjalanan hidupnya ketika pasca perang, Violet masih memiliki sedikit kenangan dan trauma. Dia juga telah dibuli oleh bekas kolonel Hodgins sebagai penulis surat di CH Postal Service dan menjadi Auto Memories Dolls.

FRUITS BASKET

Fruits Basket adalah kisah mengenai Tohru Honda yang telah menjadi yatim piatu selepas kematian ibunya. Walaupun banyak keperitan hidup yang dilalui oleh Tohru, dia masih tetap positif dan optimis dalam hidupnya. Sehinggalah satu hari, Tohru ternampak sebuah rumah dalam hutan dan terdiam sementara waktu. Rumah itulah tempat tinggal Shigure Sohma dan Yuki Sohma, ahli keluarga Sohma yang penuh misteri. Setelah ahli keluarga Sohma mendapati Tohru sedang tinggal dalam khemah, mereka terperanjat dengan kekuatan batin Tohru dan apa yang akan jadi? Korang kena tonton! 

BLUE EXORCIST

Dunia Blue Exorcist terdiri dari dua dimensi, yang saling melekat sebagai cermin dan pantulannya dan ia adalah dunia manusia dan dunia jahat. Dua dunia itu berjalan dan melakukan hal masing-masing, sampai satu masa ada sesuatu yang dipanggil Exorcist, orang-orang yang berlatih untuk menghancurkan makhluk jahat. Apa yang bakal terjadi kepada dua dunia itu? Jawapannya korang perlu tengok!

KAKEGURUI

Judi lazimnya adalah sesuatu hal yang kurang baik menurut agama, budaya dan logik kerana ia merugikan. Akan tetapi, dalam dunia fiksyen judi ini adalah sesuatu yang menarik sebab ia mempunyai mekanisme, hadiah, motivasi, atau trick yang ada berada pada judi yang dimainkan iaitu sama ada hidup atau mati. Cerita ini hanyalah ciptaan semata-mata, jangan ada yang terikut pula.

Selain anime yang kami dah kongsi dengan korang ini, apa lagi anime yang korang suka tonton? Cuba komen di bawah anime apa lagi yang korang suka layan. Anime memang syok untuk dilayan sebab bukan karakter mereka sahaja yang nampak cool and charming, malah soundtrack anime pun memang selalu melekat dalam kepala tau! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rimas Rambut Asyik Terkeluar, Ini Jawapan Untuk Hijabis

Setahun Berlalu, Dokumentari Kehidupan Sulli Bakal Ditayangkan