in ,

Top 5 Alasan Kenapa Parents Tidak Bagi Bercinta Waktu Sekolah

Sumber gambar: dramabeans.com

Setiap daripada kita ada ibu bapa berlainan karakter, sikap, penerimaan dan caranya. Kita kena tahu kenapa setiap ibu bapa kita lain daripada ibu bapa kawan-kawan. Ada parents, yang memang okay sahaja kalau korang nak bercinta asalkan tahu batas dan ada limitasinya. Ada juga yang parents yang memang tak beri langsung bercinta dan kadang-kadang ada yang rasa parents mereka tak best dan tak open minded, padahal mereka tahu apa yang terbaik untuk korang. Okay untuk korang yang memang tak dapat izin parents untuk bercinta itu, biar kami kongsi dengan lima alasan kenapa parents tak bagi bercinta sewaktu sekolah sebelum bersangka buruk dengan parents.

FOKUS BELAJAR

Sumber gambar: Pin Interest

Antara alasan yang paling utama kenapa parents tak bagi bercinta waktu sekolah adalah sebab mereka nak kita fokus belajar. Walaupun korang pandai macam mana pun, mereka mungkin nak korang fokus belajar dahulu dan nak tengok korang berjaya dulu. Sebenarnya bukan mereka tak bagi korang bercinta sangat pun, mereka cuma nak tak nak waktu korang belajar, korang lebihkan boyfriend atau girlfriend.

BANYAK KESAN BURUK

Sumber gambar: drama beans

Selain itu, mereka mungkin terlalu overthinking dan risau dengan diri korang sebab banyak kesan buruk yang boleh berlaku yang mereka tak nak bayangkan terjadi boleh terjadi. Parents juga mungkin takut bila mereka terlepas pandang, kesan buruk contohnya seperti tekanan, depresi, terlanjur atau lain-lain terjadi pada korang. Walaupun korang tahu nak behave dan jaga diri sendiri tetapi mereka lebih kenal anak mereka, betul tak?

PARENTS LEBIH KENAL KORANG

Sumber gambar: drama beans

Seterusnya, parents mesti tahu dan kenal diri kita bagaimana di rumah. Tidak kisahlah bila korang rasa lebih kenal diri sendiri tetapi mereka yang jaga korang dari kecil obviously mereka lebih kenal diri korang. Mungkin parents akan cakap pada korang yang diri sendiri pun tak terjaga, ini pula nak jaga boyfriend atau girlfriend yang mereka anak orang betul tak?

SENANG TERDEDAH 

Sumber gambar: asianwiki

Bukan setakat itu sahaja, parents korang akan risau kalau korang ini mudah terdedah dengan perkara yang bukan-bukan dan terpengaruh. Kalau senang terdedah, mereka akan fikir yang korang sanggup langgar banyak peraturan sekolah sebab nak pergi dating. Oh no! Sudah banyak kes begini yang berlaku sebab itu ramai parents yang risau dan tak bagi korang bercinta.

TAK NAK TENGOK KORANG KECEWA

Sumber gambar: kdramapal

Akhir sekali, apa yang paling utama adalah mereka tak nak tengok anak mereka kecewa. Kalau korang kecewa dan sedih, mesti parents korang pun akan sedih. Mereka tak nak nanti bila korang kecewa, pelajaran korang merosot, mood korang dah tak happy macam dulu dan mereka mungkin risau kalau mereka tak ada masa, macam mana nak pujuk korang semula, betul tak?

Jadi, untuk korang yang parents tak bagi bercinta itu korang chill saja okay! Tak ketinggalan zaman pun kalau korang tak bercinta. Sebab nanti lepas korang habis sekolah, lagi ramai yang lebih baik korang akan jumpa. 

What do you think?

29 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

After School Rutin Yang Korang Perlu Buat!

Ariff Bahran Bakal Keluar Lagu Baru? Ini Fun Fact Tentangnya