in ,

Top 4 Apps Order Makanan Untuk Berbuka Puasa

Sumber gambar: techinasia.com

Ha! Dah minggu kedua di bulan ramadan pun kita semua kan! Rasa cepat sahaja masa berlalu, lebih lagi waktu cuti PKP ini dan mesti ramai yang dah boleh adapt dengan keadaan ramadan yang tidak ada bazaar kali ini kan? Hehe! Tapi kadang-kadang itu mesti ada juga yang bosan sikit asyik nak masak di rumah sahaja kan? Jadi, sebab bazaar ramadan tak boleh pergi… apa kata korang cuba usha makanan best yang boleh korang order melalui aplikasi makanan untuk korang iftar nanti!

GRAB

Sumber gambar: grab

Korang mesti selalu guna Grab kalau nak keluar nak pergi mana-mana kan? Tapi kalau korang perhati semua makanan yang dijual di Grab, memang ada banyak pilihan. Korang juga boleh pilih dari kedai branch mana korang nak dan kadang-kadang ada banyak promo code untuk korang guna bagi free delivery tau!

FOOD PANDA

Sumber gambar: marketingmagazine

Antara aplikasi yang selalu buat banyak promosi yang murah. Kalau korang tak tahu nak makan apa, Food Panda ini memang function sangat untuk korang nak berbuka nanti! Lagi pun, bulan ramadan ini memang banyak sangat restoran dan kafe yang tawarkan promosi tau! Biasanya, rider Food Panda memang lebih laju daripada biasa juga tau!

DAHMAKAN

Sumber gambar: techcrunch

Walaupun agak limited dengan menu yang disediakan tetapi aplikasi ‘dahmakan’ menyediakan makanan yang sangat mudah dan best untuk korang sekeluarga sebab dia menyediakan menu set nasi atau pasta yang lengkap. Korang akan dapat air, nasi berlauk dan juga donat, memang terbaik untuk buka puasa nanti!

BUNGKUSIT

Sumber gambar: trendsmap

Kalau apps yang satu ini, BUNGKUSIT memang sangat best sebab korang boleh order apa sahaja yang korang nak dari rider itu. Lagi pula, BUNGKUSIT ini dia bukan setakat hantar barang tau! Segala macam barang ala postman pun dia boleh hantarkan! Dan kalau makanan, rasanya memang sudah banyak kedai makan, kedai mamak, kedai tomyam, kedai sate, kafe dan restoran pun memang mudah menggunakan BUNGKUSIT. Boleh lah korang order macam-macam juadah iftar nanti! 

Untuk korang yang dah tahu tentang aplikasi ini, mesti mudah sahaja korang guna dan tempah. Akan tetapi untuk kawan-kawan yang jenis jarang order melalui aplikasi makanan ini, mungkin agak janggal tapi korang jangan risau sebab semua ini mesti akan dihantar di hadapan rumah korang dengan baik. Kalau korang risau makanan korang sampai lambat, sebaiknya korang buat tempahan itu dua jam awal sebab tak ada lah nanti rider yang hantar makanan korang itu rushing dan korang pun tak akan ganggu waktu mereka nak berbuka nanti. Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Menu Air Manis Special Untuk Berbuka Puasa

Instagram Famous Dulu Bergaya Depan Kamera, Sekarang Beraksi Di Dapur