in ,

Top 4 Acc TikTok Korang Kena Follow, No. 4 Onz Teruk!

Sumber gambar: Instagram Johanis / Instagram Onlynicksyaf

Bosan la harini! Layan video TikTok la. Mesti banyak video best dekat situ. Boleh la jadikan inspirasi buat TikTok, hehe!

Siapa yang suka sangat layan TikTok? Boleh la korang geng dengan Tee tu sebab dia pun awek TikTok juga. Bosan je mesti dia layan TikTok lepastu ajak Ainaa tengok sekali, haihh bukan main tau dia ni. Ada ke antara korang ni yang memang kaki TikTok? Kalau ada yang tengah nak berjinak-jinak, Ainaa ada beberapa account yang boleh suggest dekat korang. Confirm layan je lepas ni sebab semua account yang Ainaa nak share ni memang best dan boleh dijadikan hiburan masa lapang untuk korang, hehe! Jom check it out, mana tahu memang korang layan video ni semua ke.

ONLYNICKSYAF

View this post on Instagram

One with @azrulazlan . Who want to collab next?

A post shared by Nick Syaf (@onlynicksyaf) on

Bukan biasa-biasa dia punya level main TikTok ni tau. Biasa kita tengok orang main TikTok mesti macam takde semangat sangat kan. Tapi Nick Asyraf ni, dia punya semangat sangat lain macam! Effort dia tu memang A+ la. Siap ajak ramai lagi kawaan-kawan dia untuk join main TikTok sekali. Kebanyakan video yang dihasilkan oleh Asyraf ni ialah video TikTok menari sebab dia sendiri seorang penari. Sebab tu la dia punya level TikTok tu lain sikit sebab jiwa menari tu ada dalam diri dia. Additional point bila dia ni handsome la, so that’s why followers dia dah mencecah hampir 160 ribu. Kalau tengok account dia ni, memang banyak video, macam setiap hari pula dia post, hehe! Korang suka tak video TikTok Nick Asyraf ni? Dah follow ke belum tu? Kalau belum pergi la follow sekarang okay.

SHAH_2244

Haha! First of all korang kalau layan TikTok mesti kenal Shah ni kan? Tipu tak kenal sebab dia pernah la juga viral sekejap dekat Twitter before this. Sebab apa viral? Mesti la sebab gaya dia yang lain daripada yang lain. Macam yang korang tengok dekat setiap video dia, mesti ada terselit scene dia keluarkan lidah! Dah kenapa lidah tu nak keluarkan? Macam cicak dah tengok asyik terkeluar-keluar macam tu je. So lain la daripada orang lain.Β Tapi takpe kot sebab dah jadi macam trademark untuk Shah ni. At least dia dah ada seramai 42 ribu followers ya. Tapi bagi Ainaa, akaun Shah ni ialah salah satu akaun yang korang ‘wajib’ follow. Boleh dijadikan inspirasi untuk korang buat video TikTok atau hiburan petang, hehe!

JOHANISANI

Ratu Vine kini sudah beralih arah ke TikTok pula guys! Kalau korang memang follow Johanis ni dekat Twitter atau Instagram, mesti korang tahu macam mana dia boleh famous macam sekarang. Before this, dia sangat rajin buat short video dekat Vine. So since that dia mula dikenali sebab setiap hari ada je video baru yang dia akan post dekat Vine. Tapi since Vine dah tak digunakan ramai, dia berlaih pula ke social media yang lain. Sejak tu la dia ada ramai followers yang ikut dia daripada zaman Vine sampai la sekarang dah ke TikTok. Tapi dia baru je buat akaun ni so sebab tu followers dia baru ada 15 ribu, tapi tu pun ramai la juga. Latest video Johanis yang dapat banyak likes ialah video dia menari #RoxnneChallenge dengan BFF dia tu. Ramai yang suka sebab mereka berdua nampak cute sangat! Korang dah follow belum Johanis ni?

LUNARIAMY

Come on geng! Takkan korang tak follow kitorang lagi? Kitorang buat video TikTok best kot! Before that, sila la follow akaun TikTok kami dekat Lunariamy. Setiap minggu kami akan post at least satu video untuk korang tau. Tapi kalau korang nak kitorang post selalu, kena la selalu support dan follow ramai-ramai. Kalau dah ramai follow, baru la bersemangat sikit nak buat TikTok. Since kami pun baru je berjinak-jinak dalam dunia TikTok, kami baru ada 131 followers. Jom la tambahkan lagi followers kami, hehe! Latest video untuk minggu ni ialah video kembali ke sekolah which is kitorang pakai baju sekolah la! Haa, why not korang cadangkan video TikTok apa yang korang nak kami buat. Mana tahu boleh dijadikan idea untuk content ke? Hehe!

Ikutkan hati nak je list banyak lagi account TikTok, tapi risau nanti habis pula data phone korang tu, hehe! Korang kena rajin sikit explore TikTok untuk tengok video yang berkualiti dekat situ. Bukan nak cakap yang lain tak berkualiti, cuma kebanyakannya asyik video gelek je. Korang pun mesti tak suka kan asyik tengok video gelek sana sini je. Ehh ke suka? Apa pun, kalau layan video TikTok tu jangan sampai lupa nak study ya!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Heechul Super Junior Dan Momo TWICE Bercinta?!

Habit Biasa Bagi Korang Tapi Boleh Menyebabkan Jerawat