in ,

Top 10 K-Pop Idol Paling Popular 2019

Sumber gambar: www.soompi.com

Bila sudah hujung tahun 2019 ini, memang tidak dinafikan banyak sangat carta dan awards keseluruhan untuk lihat pencapaian dalam banyak hal termasuk lah dunia hiburan. Kalau korang nak tahu, baru-baru ini ada satu survey rasmi yang telah dijalankan di Korea iaitu Gallup, mereka telah membuat satu carta rasmi mengenai K-Pop idol yang popular sepanjang tahun 2019. Survey ini mereka jalankan dan melalui satu undian secara poll ini adalah untuk mengetahui muzik siapa dan idola mana yang selalu mendapat perhatian dalam masa 12 bulan sepanjang tahun 2019 ini dan survey ini memang sentiasa dijalankan setiap tahun dan antara organisasi yang mengeluarkan kenyataan paling relevan setiap tahun. Jadi, jom kita tengok top 10 K-Pop idol mana yang paling popular tahun 2019.

JIMIN BTS & IU

Sumber gambar: Lunaria

Di tempat pertama Jimin BTS meraih undian sebanyak 19.1% dan ramai yang setuju sebab kalau nak dibandingkan dengan yang lain Jimin ini memang sangat popular di Korea. Selain dari itu, penyanyi favourite Korea pun iaitu IU pun masih menjadi kegemaran para K-Popers tau! Dan dia mendapat tempat kedua dengan kutipan peratusan sebanyak 12.7%.

JUNGKOOK & V BTS

Sumber gambar: Taekokklives

Memang tipu sangat kalau nama dua orang ini tak masuk sebab golden maknae Jungkook BTS mendapat tempat ketiga paling popular sepanjang tahun ini dengan mata 11.1%, manakala V di BTS tempat keempat pun dengan 9.7%. Sudah tentulah mereka akan menang sebagai artis paling popular sebab nama mereka tidak habis-habis lagi dalam perbualan peminat.

NAYEON TWICE & IRENE RED VELVET

Sumber gambar: Lunaria

Mana semua fanboys mereka ini? Kalau korang nak tahu Nayeon dari TWICE pun menang sebagai idola paling popular 2019 dengan peratusan sebanyak 8.2% dan berada di tempat kelima. Begitu juga dengan leader Red Velvet iaitu Irene yang selalu buat ramai orang ternganga dengan pesona wajahnya yang amat cantik menang tempat keenam sebanyak 7.9%.

TAEYEON & JENNIE BLACKPINK

Sumber gambar: Lunaria

Antara dua queen paling digilai oleh ramai orang tidak kira perempuan mahupun lelaki, Taeyeon dengan jumlah 5.6% memenangi tempat ketujuh walaupun dia dari idol generasi kedua dan diikuti dengan Jennie Blackpink dengan 5.5%, dia berada di tempat kelapan.

SUGA BTS & HWASA MAMAMOO

Sumber gambar: Lunaria

Akhir sekali, kalau korang nak tahu, mereka mendapat kutipan jumlah undian yang sama iaitu sebanyak 4.8%. Suga akhirnya berhasil masuk ke dalam top 10 dan tidak ketinggalan Hwasa MAMAMOO yang sentiasa menjadi sebutan ramai orang sebab mereka berdua ini sudah buat ramai peminat tercyduk pada tahun ini dek gelagat mereka.

Jadi, apa pendapat korang tentang top 10 idola K-Pop paling popular tahun ini? Okay ke tak? Sebenarnya ramai sahaja lagi idol yang telah dicalonkan dan ini adalah antara yang paling popular sepanjang tahun 2019. Lepas ini kalau nak idol korang menang. Rajinkanlah diri untuk undi. Hehe!Β 

What do you think?

21 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Last Boleh Buat Dekat Rumah Sebelum Mula Sekolah

Bahaya OTP Sampai Tertidur