in ,

Tokoh Wanita Yang Pernah Jadi Pejuang Negara Wanita

Sumber gambar: cilisos.my

Bila kita bercakap tentang pejuang kemerdekaan, mesti apa yang terlintas dalam fikiran kita adalah seperti Tok Janggut, Rosli Dobi, Rentap, Tunku Abdul Rahman dan ramai lagi tetapi ianya mesti lelaki. Eh? Tak akan tak ada tokoh pejuang kemerdekaan wanita? Sebenarnya, untuk pengetahuan korang… negara kita pun tokoh pejuang wanita tau! Akan tetapi, nama mereka jarang disebut seperti nama tokoh pejuang kemerdekaan yang lelaki. Kali ini, jom kita kenali beberapa tokoh pejuang kemerdekaan wanita pula! 

SURIANI ABDULLAH

Sumber gambar: james wong wing on

Kalau korang nak tahu, Suriani Abdullah ialah rakan baik kepada Pengasas Komunis Malaya iaitu Chin Peng dan berasal dari Setiawan, Perak. Suriani atau nama sebenarnya Eng Ming Cheng telah sertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1940 dan pejuangan beliau adalah tertumpu untuk kebajikan golongan buruh dan wanita. Beliau juga digelar Serikandi Anti-Jepun sebab beliau berani menentang Jepun pada 1941 sehingga 1945 dan juga British 1948 sehingga 1957. Disebabkan Suriani Abdullah terlalu berani, beliau pernah ditangkap dan diseksa oleh Jepun sewaktu usianya 21 tahun. Woah memang hebat! 

KHATIJAH SIDEK

Sumber gambar: twitter shark wasangka

Untuk pengetahuan korang, Khatijah Sidek telah diberi gelaran sebagai Puteri Kesatria Bangsa. Beliau berasal dari Sumatera Barat, Indonesia dan telah menyeberang Selat Melaka selepas orang Indonesia telah diusir oleh Belanda. Beliau datang ke Tanah Melayu dengan tujuan untuk memperjuangkan hak kaum ibu dan wanita. 

SHAMSIAH FAKEH

Sumber gambar: malaysia kini

Ratu Rimba Malaya, Shamsiah Fakeh juga adalah salah seorang tokoh pejuang yang hebat. Walaupun kisah hidupnya agak menyayat hati tetapi beliau pernah memimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan menjadi sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Shamsiah kemudian berundur ke dalam hutan untuk menyertai suaminya berjuang mengangkat senjata. Walaupun ramai yang tak setuju dengan perjuangannya, Shamsiah mengatakan yang dia masuk ke hutan kerana semangat cintakan tanah air dan kemerdekaan serta kesetiaan pada perjuangannya. Beliau dan suami telah ditangkap dan dibuang negara. Mereka telah dihantar ke China dan dibuang parti.

AISYAH GHANI

Sumber gambar: sejarah my

Beliau adalah pejuang kemerdekaan politik dan memulakan kerjayanya dalam bidang politik ketika menjadi wartawan Parti Komunis Malaya (PKM) dan seterusnya mengetuai Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Untuk pengetahuan korang, Aisyah dan Shamsiah adalah rakan seperjuangan, tapi kemudian mereka memilih untuk memilih haluan masing-masing sebab Shamsiah memilih untuk mencapai kemerdekaan melalui senjata dan Aishah mahu menuntut kemerdekaan dengan cara diplomasi.

Tokoh pejuang kemerdekaan wanita ini juga sama hebat dengan tokoh pejuang kemerdekaan yang lain. Ada ramai lagi tokoh pejuang wanita yang mungkin korang tahu, Jangan lupa komen dan kongsikan dengan kami di bawah! Semoga selepas ini lebih ramai akan kongsikan kisah-kisah pejuangan tokoh wanita pula.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesilapan Sewaktu Cuci Muka Yang Mungkin Korang Tidak Sedar

Idea Baharu Hairstyle Bersama Scrunchies