in ,

Tisu Basah Buat Kulit Muka Rosak?

Sumber gambar https://lifestyle.kompas.com/read/2015/07/07/122105023/Apakah.Anda.Termasuk.Menua.Lebih.Cepat.

Erm! #Lunagirls, korang lebih suka cuci make up guna oil cleanser or wet tissue? Kalau girls yang pilih guna tisu, mesti sebab mudah dan tak perlu duduk depan cermin nak sental make up tu kan… Tonyoh je tisu basah tu kat muka, dah siap. Haip! Sebenarnya tak elok tau girls cuci muka guna tisu basah, kenapa? Ha, ini Ummi bagitahu sebabnya…

BOLEH BERJERAWAT

via GIPHY

Korang selesa ke cuci make up guna tisu basah? Kalau Ummi tak sama sekali, sebab masih rasa ada benda pelik melekat kat muka. Yelah, tisu basah tak buang kotoran dengan elok especially dekat pori-pori. Memanglah luaran nampak bersih, tapi sebenarnya sisa-sisa makeup tu masih ada. Sebab tu la muka korang selalu break out dan tumbuh jerawat.

BAHAN KIMIA

Sumber Gambar: https://www.deherba.com

Korang tak pelik ke macam mana tisu basah boleh kekal basah dalam tempoh yang lama? Erm, sebab dia kan tisu basah. Eh! Bukan la, hihi.. Tisu basah ni tetap lembap sebab kandungan chemical yang tinggi di dalamnya. Lagipun tisu basah ada pewangi yang beri kesan tak elok pada kulit wajah. Lagi-lagi bagi orang yang mempunyai kulit sensitive #nono.

BERLAKU RADANGAN

via GIPHY

Kalau korang memang suka guna tisu basah ni, hati-hati tau, jangan sampai jadi keradangan seperti kegatalan dan kemerahan. Yelah, kan banyak bahan kimia yang digunakan di dalamnya. Sebelum jadi lebih teruk baik korang berhenti gunakan. Kalau dah teruk nanti susah pula nak baik.

MATA JADI KENDURI

Sumber Gambar: http://jambi.tribunnews.com/

Alamak! Takutnya dengar, macam mana boleh kendur? Kebiasaanya bila korang lap make up dibahagian mata, mesti korang akan lap dengan cara kasar kan. Macam sekali sapu je akan bersih. Tapi sebenarnya bila korang terlalu biasa buat perkara ni, kulit mata korang akan kendur dan menurun. Nak ke mata kendur walaupun masih muda.. Argh! Takut dengarkan.

Bagi yang ada habit cuci make up atau bersihkan muka guna tisu basah, Ummi suggest korang jangan guna selalu. Sebab tisu basah ni tak bersih kan sangat muka korang takut nanti muka break out or rosak kalau selalu guna.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

OMG Kantoi Dia Pandang I! *Blushing*

Baru Nampak Darah Tapi Pengsan Macam Kena Pukul!