in ,

Tips Wujudkan Perbualan Yang Menarik Dengan Kawan Baru

Sumber gambar: www.pinterest.com/jackbrother58

Mudah bersosial dengan orang ramai adalah hal yang memang kalau boleh semua orang nak cuba buat, lebih lagi jika korang adalah salah seorang yang tergolong dalam kalangan individu yang sukar untuk bersosial dengan orang. Sebenarnya, senang sahaja kalau korang nak bersosial dan beramah mesra untuk dapatkan kawan yang baru, iaitu dengan cara berbual. Tak dinafikan, jika kita baru sahaja jumpa dengan orang asing, memang agak sukar untuk mewujudkan perbualan yang seronok tetapi korang jangan risau sebab kami ada tips nak kongsi. Ini adalah beberapa cara asas untuk korang wujudkan perbualan yang menarik dengan kawan baru.

ASAL MANA?

Sumber gambar: we heart it

Biasanya, bila kita ada kenalan baru. Mesti kita akan tanya dia berasal dari mana. Contohnya kalau kenalan baru korang itu berasal dari Sabah. Korang bolehlah tanya, apa yang best di Sabah, dah tinggal berapa lama di Sabah? Makanan apa yang best di sana? Tak rindu ke Sabah? Nanti nak pindah situ semula ke dan lain-lain. Cuba buatkan kenalan baru korang selesa untuk bercerita tentang diri mereka terlebih dahulu dan mesti nanti akan tiba giliran mereka pula yang tanya tempat asal korang pula. 

SEKOLAH MANA?

Sumber gambar: pinterest

Contohnya jika korang ada kenalan baru yang baru pindah sekolah. Korang boleh cuba tanya tentang sekolah mereka sebelum ini. Cuba tanya, dia rindu tidak sekolah lama dia, kenapa dia pindah sini? Kawan-kawan dia yang di sana okay ke? Rindu kawan ke tidak? Ada banyak perbezaan tak kawan lama dan kawan baru dia? Dan banyak lagi yang korang boleh tanya. Sambil itu, korang juga bolehlah dapat kawan untuk belajar yang baru, betul tak?

HOBI KAMU?

Sumber gambar: we heart it

Seterusnya, daripada korang tanya soalan biasa seperti apa hobi mereka… kenapa tidak korang cuba tukar perbualan itu dengan “eh! Awak suka tengok movie tak?” atau “awak main sukan atau apa-apa game tak?”. Kalau kenalan baru korang itu, minat dengan salah satu hobi yang korang dah tanya itu, bolehlah korang berbual dengan mereka tentang benda itu. Contohnya, kalau dia suka tonton cerita seram, korang cakaplah “tahu tak movie Suster Ngesot Terpeleot itu memang best oh! Dah tengok ke?”. Kalau member itu belum tengok, korang ajaklah tonton sama-sama nanti. Hehe! 

MINAT SIAPA?

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, korang juga boleh cuba tanya mereka minat siapa lebih lagi dalam industri hiburan. Memang tipulah kan kalau dalam dunia ini tiada orang yang tak minat dengan muzik. Manalah tahu, kenalan baru korang itu minat K-Pop. Korang bolehlah tanya, “eh awak layan K-Pop tak? Saya minat NCT…”, let’s say kalau kawan baru korang itu minat NCT, korang bolehlah tanya “eh yeke! Siapa bias awak?! Bias saya Mark! Sebab dia kelakar dan comel! Dah beli ke album baru NCT?”. Lepas ini, korang bolehlah pergi layan konsert K-Pop sama-sama! 

Ha! Nampak tak sebenarnya mudah sangat nak dapatkan kawan baru. Apa yang penting, sepanjang  korang berbual nanti. Korang janganlah ada silence gap itu terlalu lama sangat, nanti memang conversation korang akan jadi sangat awkward. Let’s say, kalau ada yang tanya korang minat tak buat satu benda yang mereka suka? Korang jawab sajalah, “oh saya tak pernah buat lah… Best ke? Kalau best, macam nak cuba! Boleh tak awak bawa saya cuba juga?”. Ha! Mana tahu dari situ juga korang akan jadi BFF pada masa hadapan. Jadi, selepas ini tak perlu risau dan cuba tips yang kami dah bagi ini ya! Hehe! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Orang YouTuber Yang Sering Ada Content Luar Biasa

Siapa Yang Sebenarnya Ambil Gambar V BTS Baru-Baru Ini?