in ,

Tips Vokal Suara Sedap Kalah BBNU

Sumber gambar: https://beat.media/20-most-difficult-songs-to-sing

Pernah tak korang berangan dan syok sendiri feeling konon korang jadi penyanyi paling hebat di dunia? Haha! Boleh nak berangan tapi apa kata sambil berangan, meh Zoe kongsi macam mana nak ada vokal yang sedap macam penyanyi hebat. Mana tahu lepas ini korang bersaing dengan idola korang sendiri? Yass!

KENAL VOKAL

via GIPHY

Pertama sekali, benda paling penting kalah korang kena kenal vokal korang. Iyalah korang kena tahu suara yang korang ini sebenarnya suara Soprano, Alto, Tenor ke Bass? Kalau korang nak tahu suara korang yang mana, rajin-rajinlah tengok video di YouTube. Lepas itu, korang kena berlatih Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do sendiri dan cari vokal yang mana korang lebih selesa dan itulah suara sebenar vokal korang waktu menyanyi.

MINUM AIR

via GIPHY

Bila nak menyanyi ini banyak guna tekak dan perut. Jadi pastikan korang banyak minum air masak yang bersuhu bilik sahaja. Jangan kerap makan pedas dan benda berminyak ya! Barulah vokal korang stabil saja waktu nyanyi.

SELALU WARM-UP

via GIPHY

Ini antara perkara yang korang tak boleh skip sebab nak buat apa-apa pun mesti kena warm-up dulu. Iyalah kalau tak warm-up, itu yang selalu jadi macam lepas awak semua balik karaoke dengan kawan, terus sakit tekak, batuk dan hilang suara. Opss!

PRACTICE

via GIPHY

Kalau dah setiap hari buat latihan ikut waktu yang tertentu dan jaga semua yang Zoe cakap tadi. #Lunagirls tak perlu risau dah. Tinggal nak tunjuk bakat korang saja. Rajin practice vokal, lagi senang korang nak cuba ad-lib lain-lain tau! Hehe.

Jadi amacam #Lunagirls? Dah ready nak buat semua tips suara sedap? Biasalah practice makes perfect gitu. Kalau tips Zoe bagi ini berguna, send-lah video korang dekat Zoe. Nanti kalau korang dah jadi artis, jangan lupa orang sekeliling yang sentiasa support korang tau.

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Zul Ariffin Rela Kena Lempang Dengan Mira Filzah!

Isu Budak Sekolah Buang Bayi?