in ,

Tips Urus Masa Siapkan Homework Waktu Cuti!

Sumber gambar: Zoe_Lunaria

Cuti sekolah kali ini korang ada banyak homework tak? Setiap subjek ada homework ke? Kalau tak ada, mesti best sebab boleh buat aktiviti lain tapi untuk kawan-kawan yang cikgu bagi homework berlambak itu jangan stress okay? Zoe nak kongsi tips special untuk korang uruskan masa supaya sempat siapkan kerja sekolah, buat aktiviti lain dan berehat secukupnya. So, don’t worry ya!

KIRA DAN ASING

via GIPHY

First sekali, korang perlu kira dulu kerja sekolah itu ada berapa banyak. Contoh, kalau homework ada lima subjek, asingkan dulu dan set target awak boleh siapkan dalam masa berapa lama. Sebaiknya, satu subjek korang set dalam masa satu jam setengah sahaja, make sure siap dan stop. Pesanan Zoe, masa buat kerja sekolah nanti simpan phone tepi dulu okay!

BUAT JADUAL

via GIPHY

Sebagai seorang pelajar sekolah, kita bukan hanya habiskan masa dengan study dan siapkan kerja cikgu bagi sahaja.. Korang pun perlu buat aktiviti lain untuk tingkatkan kreativiti dan kualiti hidup. Jadi buat jadual sebaiknya untuk aktiviti lain dan set masa khas untuk siapkan homework and study itu dalam masa satu jam atau dua jam sehari sahaja.

REHAT

via GIPHY

Yes, ini sangat penting! Bukan saja untuk korang secara fizikal tapi mental korang juga sebab kalau dah buat banyak aktiviti, rehat itu amatlah perlu! Korang perlu tahu yang nap waktu siang tu sangat baik untuk korang tau.. Tak perlu nap lama-lama, cukup 15 minit hingga setengah jam okay!

Okay, jadi macam mana #Lunagirls?  Tak perlu keliru lagi okay, nak buat mana satu dulu. It’s better kalau korang hargai moment waktu belajar ini sebab nanti bila dah dewasa, dah kerja feel dia lain sangat dan korang akan rindu zaman belajar. 

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Memasak Dengan Kawan Waktu Cuti? Syoknya!

Nak Warna Rambut Sendiri? Try Tips Ini…