in , , ,

Tips Untuk Tidur Lebih Awal dan Pantas!

Sumber gambar: www.koreaboo.com

“Ala… penatlah asyik tidur lewat je… korang tahu tak macam mana cara nak tidur awal?”

Ramai yang selalu tertanya soalan ini, bukan sahaja kepada #Lunasquad tapi kepada kawan atau keluarga sebab dah serik tidur lewat dan korang rasa “Hey! I need my beauty sleep!”, betul tak? Lebih lagi, kalau esoknya adalah waktu persekolahan atau ada kelas online. Memang tak best sangat badan ini kalau tak cukup tidur. Jadi, apa kata korang cuba tips untuk tidur lebih awal dan pantas ini? Mungkin boleh membantu masalah tidur korang selepas ini.

ELAK SEBARANG GAJET

Sumber gambar: pinterest

Sekarang ini, sudah menjadi kebiasaan ramai orang sebelum tidur mesti akan main phone, laptop, dan lain-lain. Sepatutnya, sebelum tidur korang kena sekurangnya 30 minit tak pegang sebarang gajet sebab cahaya yang dihasilkan dari gajet korang itu dia akan beri kesan kepada hormon tidur korang. That’s why kita susah tidur. 

BILIK YANG GELAP

Sumber gambar: pinterest

Ada orang memang suka tidur dalam bilik gelap dan ada juga sebaliknya. Cahaya sebenarnya akan merangsang otak untuk kita terjaga tau, sebab itu sebenarnya korang perlukan bilik yang gelap untuk bantu korang tidur. Akan tetapi, kalau korang takut sangat cukuplah lampu malap di night stand korang pun memadai tapi ingat! Jangan main gajet.

TETAPKAN RUTIN WAKTU TIDUR

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, rutin tidur pada waktu yang sama setiap hari akan membantu otak dan badan ada alarm semulajadi tau! Sama juga seperti skincare routine, waktu bangun dan tidur, waktu makan dan lain-lain. Jadi, kalau korang cuba paksa dari awal untuk tidur awal, maka lama-lama badan korang akan automatik selalu nak tidur awal termasuklah pada hari hujung mingu pun.

LETAK TANAMAN

Sumber gambar: nona

Sekarang, beberapa jenis pokok yang sesuai ditanam dalam rumah mula viral sebab netizen mula ‘menanam’ hobi baru. Bukan hanya sebab segar, tapi sebab tanaman juga membantu bersihkan udara dan akan buatkan korang senang tidur. Antara tanaman yang bantu untuk tidur nyenyak adalah lavender, aloe vera, snake plant dan banyak lagi! Jangan salah letak pokok sebab sangat penting untuk kita letak pokok yang sesuai sahaja.

MUAT TURUN APLIKASI TIDUR

Sumber gambar: cdn57

Sekarang ini ada banyak sangat aplikasi. Jadi, why not download aplikasi yang boleh track waktu tidur seperti apps Sleep Cycle, Sleep Lab, Sleep Orbit dan banyak lagi. Aplikasi ini sebenarnya akan bantu track sleep consistency korang dan ada sound yang boleh buatkan korang lena. Bukan setakat itu saja, ada juga dari salah satu aplikasi tidur ini boleh track dan simpan suara korang mengigau atau tidak. 

Ha! Sekarang dah tahu nak buat apa untuk tidur cepat, jom mula berlatih untuk tidur awal. Sebenarnya ada banyak sangat kebaikan dari tidur awal ini, antaranya mata korang tak akan jadi macam panda, kepala korang akan lebih segar, badan jadi lebih bertenaga dan untuk yang diet juga korang boleh kurangkan berat juga! Dan ada banyak lagi faedah lain yang korang boleh nampak kalau tidur awal selepas ini. Selamat mencuba! 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Minuman Sesuai Untuk Melegakan Period Cramp

Keburukan Malas Mandi, Sebab No.3 Paling ‘Takut’