in ,

Tips Untuk Masuk Ke Universiti Impian

Sumber gambar: asamnews.com

Nak capai kejayaan dalam kehidupan adalah impian semua orang. Kejayaan ini memang ada banyak jenis, ada yang ukur dari segi kebahagiaan, kekayaan, ilmu dan banyak lagi. Untuk pelajar pula mesti ramai di antara korang yang nak masuk universiti impian masing-masing kan? Ada yang nak sambung di luar negara dan ada juga yang kalau boleh nak masuk universiti terhebat tempatan sebab ia mempunyai kualiti yang terbaik! Jadi, untuk korang yang dah ada universiti impian masing-masing, korang perlu sentiasa positif dengan impian korang dan ini antara tips yang berguna untuk korang berusaha capai masuk ke universiti impian! 

SET COURSE APA DAN APA KUALIFIKASI 

Sumber gambar: pinterest

Pertama sekali, apa yang korang perlu tahu adalah kenali diri korang dan minat korang sendiri. Ini sebab, kalau korang dah ada set kan course apa yang korang memang steady nak ambil pada masa depan atau memang dah ada cita-cita tetap. Sekurangnya, korang dah tahu beberapa list kelayakan atau kualifikasi untuk korang memohon di kemudian hari. Benda ini memang sangat bagus tau kalau korang dah fikir dari awal sebab nanti tak ada lah waktu dah sambung belajar, korang asyik nak tukar course. Kiranya, tanamkan dalam diri minat korang itu akan jadi sesuatu yang terbaik pada masa akan datang. 

MULAKAN SEKARANG

Sumber gambar: pinterest

Ya! Korang wajib mulakan segala langkah korang sekarang! Jangan last minute! Mulakan dari zaman korang tengah sekolah sekarang ini dengan belajar sebaik mungkin dan dapatkan keputusan akademik yang baik. Kalau korang dah bermula dari sekarang, boleh jadi dengan segala usaha korang itu akan dipermudahkan untuk masuk ke universiti impian. 

BACA BANYAK INFO

Sumber gambar: diggit magazine

Antara yang paling penting, korang kena banyakkan membaca informasi tentang universiti impian korang dari segi course apa yang ditawarkan, bagaimana budaya dan suasana pembelajaran di situ, berapa harga yuran, dan banyak lagi. Korang juga boleh ambil tahu apakah pekerjaan yang ditawarkan melalui course yang korang minat itu, apa bidang yang boleh diluaskan lagi melalui course yang korang nak ambil nanti dan lain-lain.

SELALU DATANG SEMINAR

Sumber gambar: twitter

Untuk pengetahuan korang, di setiap universiti, kadang-kadang ada banyak sangat seminar yang dilakukan untuk orang awam. Jadi, jika korang dengar ada seminar yang menarik, mungkin korang boleh masuk dan jadi peserta. Korang bukan setakat boleh jumpa para pelajar di universiti situ untuk berkenalan dan belajar sedikit sebanyak dari mereka hal untuk ambil tahu tentang universiti impian korang. Memang best!

TAMPAL DI MEJA BELAJAR/ BILIK

Sumber gambar: favim

Akhir sekali, untuk beri korang semangat dan motivasi paling ekstra! Korang boleh lah tampal gambar universiti impian korang di meja belajar atau bilik korang. Bukan setakat itu, korang juga boleh jadikan gambar universiti impian korang sebagai gambar screenlock wallpaper di telefon korang. Siapa tahu, kalau selalu tengok lama-lama boleh jadi kenyataan, setuju tak?

Jadi, korang semua kena lah sentiasa positif dan berusaha untuk capai semua impian korang. Jika dah berusaha tetapi masih lagi tak dapat, anggap saja itu bukan rezeki korang dan mungkin di tempat lain ada hikmah yang lebih baik. Hehe! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Sebab Kenapa Korang Harus Tengok It’s Okay Not To Be Okay

Cabaran Atau Goals Paling Mudah Nak Buat Tapi Selalu Gagal