in ,

Tips Untuk Maintain Tudung Hijabis!!

Sumber gambar: Twitter rihajamil

via GIPHY

Buka tudung terus campak dalam bakul dan basuh! Dah basuh campak pula dalam dryer, settle! Eh, tapi tudung ni baru je sebulan pakai tudung dah rosak pula.. Haihh macam mana nak jaga tudung ni?!

#Lunagirls ada masalah nak jaga tudung? Tak tahu macam mana cara yang sebenar nak jaga tudung untuk tahan lebih lama? Ainaa tahu macam mana caranya tau.. Hehe! Lepas ni korang akan ‘bebas’ dengan masalah tudung.. Psst, yang penting kena rajin tau! Jangan malas-malas girls..

JANGAN MASUK MESIN

Sumber gambar: Daily Mail

Sebenarnya tudung termasuk dalam kategori kain ‘sensitif’ sebab kita tak boleh sembarangan ‘campak’ tudung dalam mesin basuh tau! Nanti kain tudung tu akan rosak dan kemungkinan sabun akan melekat sampai jadi tompok. At the end of the day tudung korang akan bercapuk dan nampak kotor! So better elakkan ya girls. Kalau nak lebih bersih, basuh guna tangan je!

JANGAN SENTAL

Sumber gambar: Bukalapak

Kalau dekat tudung tu ada kesan kotor, make sure jangan sental terlalu kuat sampai merosakkan fabrik tudung tu sendiri.. Lebih elok kalau korang sental guna tangan atau bersihkan dengan berus tapi secara berhati-hati okay! Tapi jangan lama sangat gosok tu, sebab ia juga akan buat tudung rosak.. Special tips, korang boleh guna berus gigi untuk gosok bahagian kotor tu!

GUNA PELEMBUT

Sumber gambar: Wanista.com

Cara sebenar untuk basuh tudung ialah dengan cara merendam tudung dalam air suam yang dicampur dengan sabun pencuci.. Sabun pencuci tu haruslah jenis cecair yang dicampur dengan pelembut! Bila dah rendam dalam masa 30 minit, bilas tudung tu dengan air bersih sehingga kesan sabun tu tak melekat pada tudung okay?

ELAKKAN TERDEDAH DENGAN CAHAYA MATAHARI

Sumber gambar: Neng Geulis

Tudung akan nampak cantik kalau warna masih maintain macam baru beli. Sebab tu kalau korang sidai kain, jangan biarkan ia terdedah kepada cahaya matahari directly! Sidai je dekat garaj kerata ayah tu.. Sebenarnya warna tudung korang akan cepat pudar kalau sidai bawah cahaya matahari!

Memang nampak macam leceh sebab ini tak boleh, itu tak boleh. Tapi percaya la bila korang dah mula praktikkan, tak mustahil nanti lama-lama akan terbiasa dengan cara penjagaan tudung ni. At least nanti takde la setiap bulan kena beli tudung baru..

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Masa Paling Sesuai Trim Bulu Vagina!

Kaki Tangkap Gambar? Ini Kamera Korang Kena Ada!