in ,

Tips Untuk Bersemangat Ke Sekolah Lepas Lama ‘Cuti’

Sumber gambar: Twitter

Alaaa, malasnya nak masuk sekolah. Tak ada semangat langsung nak belajar ni, tak boleh ke sambung je lagi online class ni sampai hujung tahun?

Lama sangat ‘cuti’ sampai langsung tak bersemangat nak ke sekolah ya. Maklum la dah tiga bulan ‘cuti sekolah’, sekarang bila dah kena mulakan semula persekolahan mesti la dah rasa malas kan. Sekarang ni pun geng geng form 5 dah masuk sekolah, korang okay tak tu pergi sekolah? Ada yang dah lupa jalan nak ke sekolah ke macam mana? Since korang tak bersemangat kan, Ainaa ada beberapa cara untuk buat korang rasa bersemangat semula untuk ke sekolah…

INGAT CRUSH

Sumber gambar: Meme

Korang tak rindu dekat crush ke? Lama sangat cuti mesti tak jumpa crush kan? Dapat pula kalau korang berdua masing-masing form 5, boleh la buat-buat terserempak dekat kantin sekolah tu. Buat-buat la jalan dengan dia waktu bawa makanan ke kelas. Kalau ingat crush mesti korang ada rasa semangat sikit kan? Kadang-kadang crush ni yang buatkan kita rasa bersemangat nak buat sesuatu bila dekat sekolah. Jangan tipu cakap tak ada, sebab benda ni normal tau, hehe! Ehem Ainaa dulu pun macam ni juga, bila ingat crush kat sekolah mesti dah rasa bersemangat je nak belajar. Okay part ni korang jangan contohi ya!

NO MORE BEBELAN 

Mana ada mak yang tak kuat membebel 🤣Jangan lupa tengok #KampungPeople okay di @tv3malaysia !#KoolFM@dramasangat

Posted by Kool FM on Wednesday, May 6, 2020

Korang mesti dah penat dengar mak membebel dekat rumah sebab adik-adik bising kan? Ini la masanya untuk korang ‘lari’ untuk beberapa jam daripada bebelan tersebut. Bukan nak cakap korang tak bertanggungjawab tapi sekali sekala bagi je adik korang kena bising dengan mak tu, asyik korang je yang kena kan. Benda ni pun boleh buat korang lebih bersemangat nak ke sekolah ya sebab Ainaa sendiri macam tu juga dulu waktu zaman sekolah, hehe!

TAK PERLU ONLINE CLASS

Sumber gambar: Meme

Online class atau kelas macam biasa dekat sekolah? Mana satu yang korang prefer? Online class kena ada laptop, internet kena laju then kelas tu tak menentu masanya. Kalau kelas biasa dekat sekolah, korang hanya perlu ke sana daripada jam 7 pagi sehingga jam 2 petang je paling lewat pun. After that dah boleh balik ke rumah. Mesti ada antara korang yang tak suka online class sebab tak semua mempunyai kemudahan dan access macam tu kan? So bila dah boleh ke sekolah ni, korang kena la lebih bersemangat sikit ya! Nak belajar pun dah tak ada gangguan daripada adik kecil korang tu. No more kena sidai kain atau basuh pinggan waktu tengah ada kelas. Sebab tu la korang kena lebih bersemangat dah, nak faham apa yang cikgu ajar pun makin senang. Ada soalan boleh terus tanya, best kan dapat masuk sekolah macam biasa?

NAK BERJAYA

via GIPHY

Apa sebenarnya tujuan hidup korang? Adakah untuk bersuka ria atau untuk mencapai cita-cita bila dah besar nanti?

Cuba korang bagitahu sampai bila korang nak bersuka ria, buang masa tak tentu hala? Bila dah besar nanti korang mesti ada cita-cita sendiri untuk berjaya, beli benda yang korang nak guna duit sendiri, belanja parents itu ini kan? Kalau nak berjaya kena la bermula dengan pergi ke sekolah dulu. Korang kena la belajar bersungguh-sungguh untuk capai cita-cita. Banyak benda yang korang akan belajar dekat sekolah tu nanti. Jangan malas nak pergi sekolah okay..

Bagi korang yang belum memulakan persekolahan lagi, keep on doing your homework. Make sure semua siap okay jangan tangguh lagi kerja sekolah tu ya.

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Keburukan Malas Mandi, Sebab No.3 Paling ‘Takut’

Tempat Menarik Untuk Hilangkan Stress