in ,

Tips Untuk Akak Bawang Berhenti Membawang!

Sumber gambar: pinterest.com/nguyentrann0538

Zaman sekarang ini, memang tak dinafikan. Kalau kita perhatikan orang sekeliling, memang ramai sangat yang suka membawang. Ada saja benda yang nak dibincangkan oleh korang yang suka sangat membawang ini kan! Eh, tapi korang tahu atau tidak, kalau korang suka membawang ini sebenarnya ia tidak elok untuk diri korang dan juga orang yang korang gosipkan juga itu tau! Ini sebab ia adalah salah satu perangai yang orang kata memang tidak baik dan boleh menyebabkan mental kawan yang korang bawangkan itu boleh jadi stress dan tertekan, tak yakin dengan diri sendiri dan lain-lain. “Saya dah cuba untuk berhenti membawang tapi tak boleh juga!”, ha! Ada ke antara korang yang macam ini juga? Kalau ada, kami ada tips untuk korang berhenti membawang. Orang kata slowly but surely, ha gitu…

BUAT PERBANDINGAN

via GIPHY

Apa kata, korang cuba buat perbandingan keburukan diri korang dan diri orang yang korang gosip kan itu. Ini sebab kadang-kadang, ada di antara kita yang tidak sedar diri bahawa diri kita lebih banyak buruknya dari orang yang kita sibuk mengata itu, betul tak? Jadi, bila kita sedar diri. Sudah pasti secara perlahan kita nak perbetulkan diri kita supaya jadi lebih baik. Setuju tak?

INGAT KEBAIKAN ORANG

via GIPHY

Disebalik semua keburukan sahaja yang korang tengok, apa kata kalau korang cuba tengok semua kebaikan yang orang pernah buat. Kalau korang selalu ingat setiap kebaikan yang orang pernah buat. Sudah pasti korang akan susah untuk ingat keburukan kecil yang orang buat. Bak kata orang, sekali buat jahat mesti ramai yang ingat, kalau yang baik itu mesti akan dipandang sebelah mata saja kan? haha!

BERGAUL ORANG BAIK

via GIPHY

Antara yang paling penting adalah bergaul dan berkawan dengan orang yang baik. Kalau korang dari awal sudah bergaul dan berkawan dengan orang yang baik, mesti korang akan susah untuk mengata orang secara berlebihan. Lebih lagi nak tengok keburukan orang, mesti akan sangat susah. Jadi, korang kena lah kawan dengan orang yang baik-baik kalau nak diri korang pun baik. 

INGAT KESAN BURUK

via GIPHY

Selain itu, korang kena selalu ingat apa kesan buruk yang akan berlaku kalau korang suka sangat membawang tentang hal orang. Boleh jadi, sifat korang yang baik akan jadi lebih teruk, mungkin juga korang akan lebih ramai musuh sebab orang tak suka dengan mulut bawang korang dan apa yang paling teruk, hubungan persahabatan korang dengan orang lain mungkin boleh putus disebabkan hal ini. Korang juga mungkin akan jadi salah satu faktor membuli secara indirect tau! Ish ish! Jangan buat macam ini lagi okay!

Jadi, semua cara ini memang mudah kan? Apa yang penting, korang dan geng bawang korang kalau tiba-tiba rasa nak terbawang semula, apa kata kalau korang saling ingat mengingati. Kan kalau begitu lebih baik? Mana tahu, kalau korang berhenti. Lama-lama diri korang sendiri akan jadi lebih baik dan silap-silap ramai yang suka dengan berkawan dengan korang sebab korang ini easy-going and cool! hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sebelum Berbuka Puasa

Bazar Ramadan Tutup, Jom Buat Dessert Sendiri!