in ,

Tips Unpack Barang Dari Asrama Paling Simple

Sumber gambar: thesun.co.uk

School holiday mood on! Bestnya cuti sekolah dah bermula, banyak benda boleh buat sempena cuti. Urghh tapi barang balik dari asrama haritu tak unpack lagi pula!

Punya excited nak cuti sekolah sampai barang balik dari asrama haritu pun tak habis packing lagi. Takkan nak biar sampai nak register form baru nanti baru nak unpack? Dahsyat betul perangai macam itu, risau ada kucing beranak je dekat dalam bag nanti kalau dibiarkan lama-lama. So for those yang tak tahu nak kemas barang mula dari mana, jom habiskan baca artikel LUNARIA ini, mungkin ia akan memudahkan kerja korang.

SEGALA JENIS BARANG SKINCARE

Related image
Sumber gambar: youtube

Dah lama duduk dekat asrama akan ada banyak barang-barang skincare yang mungkin korang dah beli dan kumpul betul tak? Confirm juga semua itu dah dibawa balik ke rumah sebab kalau tinggal dekat asrama, confirm kena buang dengan makcik cleaner nanti.. So let say korang dah pack semua benda tersebut dalam satu beg dan sampai hari ini, korang baru nak unpack, bolehlah keluarkan dulu beg skincare. Make sure before korang letak dalam bilik air atau simpan dekat meja solek dalam bilik, basuh dulu supaya tak ada kesan melekit pada bekas. Kalau korang pun sejenis suka simpan banyak mask, letak terus dalam peti ais untuk kekalkan kesegaran mask tersebut. Tapi kena tengok juga mask itu sesuai untuk simpan dekat dalam peti ais ke tak, takut nanti rosak pula.

KELUARKAN BAJU DAN SELUAR YANG BERKENAAN

Image result for lipat baju
Sumber gambar: beritasteady

Satu beg roda je dah penuh dengan segala baju dan seluar korang. Fuhh, tak nak banyak lagi pula barang yang korang bawa? Memang waktu masuk asrama dulu, korang angkut satu almari pergi sana ke? Perghh! Part nak kemas baju ini yang susah sikit, jadi malas sebab nak kena lipat dan susun semula. Tapi untuk tips, before korang susun segala baju dan seluar dekat dalam almari, make sure basuh dulu. Tak kisahlah walaupun tak kotor atau tak berbau, basuh sahaja dulu. At least bau baju itu kekal wangi dan tidak bercampur-campur baunya. Risau nanti berbau kepam pula bila simpan lama.

PAKAIAN DALAM JANGAN LUPA SIS!

via GIPHY

Kalau masuk asrama, bra dengan panties memang benda wajib hilang. Korang setuju tak? Sis sendiri dulu waktu dekat asrama pun memang akan hilang juga. Waktu bawa ke asrama bukan main banyak panties dengan bra. Bila weekend nak lipat dan kemas locker, baru perasan tiba-tiba stock makin berkurang. Tak tahu hilang entah ke mana, padahal sidai dekat tempat yang sama je. Nak kata ada orang ambil, takkan pula sebab size tak sama pun. So, mana pergi semua bra dan panties yang hilang itu? Kalau nak unpack daripada beg, make sure korang susun semula semua bra dan panties dekat dalam bekas yang korang dah sediakan dekat rumah. Kemas bagi rapi supaya nanti bila nak pakai, senang je nak cari.

NAK CAMPAK MANA SEMUA BUKU?

via GIPHY

Amboi, mentang-mentang dah cuti sekolah takkan semua buku nak campak dalam stor pula? Kemas betul-betul dan susun di rak buku. Ehemm, cuti sekolah bukan bermaksud korang pun kena cuti daripada study tau. Waktu cuti pun kena study extra sikit supaya nanti bila naik sekolah, korang dah tahu a few things. So jangan ada niat nak simpan buku dekat dalam rak, simpan atas meja study untuk study je. Make sure jangan letak buku dekat tempat yang memang korang takkan tengok ya.

Unpack barang balik dari asrama best tau sebab kita ada banyak sangat masa nak diluangkan. Maybe at the same time korang akan buang masa sekejap sebab nak throwback segala macam barang-barang yang korang ada. Cepat-cepat sikit unpack barang, jangan lengahkan lagi okay!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Setiap Kali Period, ‘Segelas’ Darah Hilang

Cara Mak Ayah Kejut Bangun Tidur, Korang Kena Yang Mana Satu?