in ,

Tips Tudung Bawal Sentiasa On Point

Alaaaaa, tak geramnya tudung bawal hari ini. Penat je tiup-tiup tapi masih lagi tak on point, kena angin sikit habis rosak! Dahlah hari ini nak tengok crush main futsal, haihh nak kena tukar tudung lain!

Urghhh, tudung bawal tak menjadi akan jadi masalah besar bagi kita as hijabis. Bila tudung tak menjadi, boleh hilang mood seharian. Nak ajak pergi makan pun terus jadi kenyang tau. Nak setting tudung bagi cantik makan masa, nak rosak senang je tau. Bukan korang je yang stress, kami di LUNARIA pun alami situasi yang sama.

Bila pakai tudung bawal, nak jadikan ia on point tak susah pun. Asalkan kita ada kesabaran yang tinggi, semuanya akan dipermudahkan. Ada je cara mudah untuk buatkan tudung bawal kita terletak dengan elok sepanjang hari. Korang nak tahu? Kalau nak tahu make sure habiskan baca artikel ini untuk korang ketahui tips itu okay!

PAKAI ANAK TUDUNG YANG SESUAI

Image result for anak tudung
Sumber gambar: Shopee

Dekat pasaran memang ada macam-macam jenis anak tudung. Ada yang kain jenis licin, cotton dan macam-macam lagi. Sama juga macam tudung bawal yang mempunyai bermacam jenis kain. Setiap jenis kain ada anak tudung yang sesuai untuk digunakan. Untuk tudung bawal jenis kain organza, anak tudung licin sangat tidak sesuai sebab kedua-duanya kain licin. Nanti pakai tudung habis jatuh tudung. So make sure anak tudung itu sesuai dengan bawal yang korang gayakan. Seeloknya anak tudung jenis kain cotton sebab cotton memang sesuai dengan semua jenis kain tudung.

IRON DENGAN TELITI

View this post on Instagram

Apa yang korang teringin sangat tapi tak dapat lagi ? 🥶🤍

A post shared by Bibi Qairina ❤️ (@bibiqairina) on

Aduh malasnya nak iron tudung! Iron malas-malas tak apa kot? Bukan orang nampak pun kalau tak iron tudung.

Kalau tudung hitam memang malas nak gosok sebab bukan orang nampak bahagian yang berkedut. Tapi masalah utama pula nanti muncung tak on point pula. Nak atau tak nak memang kena iron betul-betul. LUNARIA ada dapatkan tips daripada Bibi Qairina, katanya kalau nak tudung bawal on point, kita tak boleh lipat tudung semasa nak gosok. So caranya ialah bila nak gosok tudung, korang kena bentangkan tudung jadi besar petak. Memang agak leceh nak gosok kalau macam itu, tapi ia adalah salah satu cara untuk buatkan tudung menjadi. Cuba korang tengok tudung Bibi Qairina, elok je bulatnya? Itu sebab dia buat cara gosok tak lipat. Ikut okay tips ini kalau nak tudung lawa.

JANGAN BASUH GUNA MESIN

Image result for basuh tudung
Sumber gambar: Wanista

Tudung pun basuh mesin juga? Korang tahu tak sebenarnya tudung bawal tak boleh kena pewangi pakaian. Bila dah kena je, tudung akan nampak sedikit rosak dan susah nak jadikan ia perfect seperti sedia kala. Kalau nak basuh tu, basuh guna tangan je. Lagi pun tudung korang bukan kotor sangat betul tak? Setakat berpeluh biasa itu normal.. Boleh je basuh guna tangan then lepas itu tak perlu rendam dalam pewangi. Cukup setakat basuh guna sabun basuh kain dan terus bilas. Tapi kalau malas dan nak basuh menggunakan mesin basuh boleh.. cuma kena asingkan antara pakaian dengan tudung dan paling penting jangan dicampurkan dengan pewangi pakaian.

SIMPAN ELOK-ELOK

Image result for basuh tudung
Sumber gambar: Nenggeulis

Setiap tudung perlu disimpan dengan elok supaya tak rosak. Ya, jangan ingat tudung bawal RM10 tu tak boleh rosak ya. Tudung macam tu lagi mudah nak rosak. Sebab itu la korang kena simpan elok-elok. Sebaiknya tudung bawal ni kita gantung atau lipat secara memanjang dan digantung supaya kain akan kekal elok. Tak bermaksud tak boleh nak lipat, boleh je cuma kena susun dengan elok la. Jangan pula korang main campak je dekat dalam almari dengan ronyoknya tu. Kalau digantung, nanti bila nak iron tak ada la kena bersusah payah dengan gigihnya. So that nanti bila pakai tudung, cantik la jadinya. Simple je kan?

Tak susah pun nak buat tudung bawal ni jadi on point, asalkan kita pandai jaga sudah la. Satu lagi, korang kena ada kesabaran yang tinggi. Bukan setiap hari tudung kita menjadi, ada ketika ia akan tak ada mood juga, hehe! So, pokok pangkalnya korang kena jaga tudung bawal tu elok-elok okay!

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tanda Kawan Korang Negatif Dan Toksik

Cara Mudah Untuk Panjangkan Bulu Mata