in ,

Tips & Tricks Tiru Gaya Fesyen Jimin BTS!

Seriously boleh tiru gaya fesyen Jimin BTS?! Kalau macam itu, tunggu apa lagi? Jom kita beli baju sekarang juga!

Macam yang korang tahu, setiap ahli BTS ada aura dan gaya fesyen yang tersendiri. Termasuklah fesyen Jimin yang kita as a girls pun boleh tiru! Kalau korang perasan setiap gaya fesyen Jimin, kebanyakannya boleh dijadikan inspirasi pada girls out there. Ada ARMy yang dah excited tak? Sebab Ainaa pun dah tak sabar.. Jom check it out girls!

JUMPSUIT JEANS + SNEAKERS

Onz terox! Nampak muda dan stylo habis bila Jimin pakai jumpsuit. Biasanya kalau pakai jumpsuit sangat sesuai dipadankan dengan t-shirt putih di dalamnya sebab nampak lagi matching! Bila Jimin pakai macam ini, nampak dia macam back to school! Dan sebenarnya korang pun boleh je tiru gaya Jimin. Tak kisahlah warna apa pun jumpsuit jeans, korang boleh padankan sekali dengan sneakers! Nak lagi cantik kalau yang bertudung pakai shawl, barulah lagi ayu memikat!

BOYFRIEND SHIRT + JEANS

Related image
Sumber gambar

Simple but nice! Just matching boyfriend shirt dengan apa-apa seluar jeans pun dah okay sangat #Lunagirls. Then tuck-in separuh baju dekat bahagian depan, barulah stylo sis! Untuk girls yang nak cuba pakai gaya ini, korang akan nampak ada aura feminin dan santai. Jimin pun memang suka mix and match sebab simple je tak perlu nak fikir lebih. Terpulang pada girls, korang nak butang baju atau buka, tapi make sure dekat dalam pakai t-shirt as an inner, nanti lain pula jadi.

T-SHIRT JALUR

Tak salah pun kalau setakat pakai t-shirt je kalau jalan-jalan. Akan lagi nampak simple dan style kalau korang pandai nak mix and match gaya sendiri. Tengoklah gaya Jimin pakai t-shirt jalur sambil tuck-in lagi, tak ke handsome?! Just imagine kalau korang gayakan macam ini mesti lagi style! Confirm orang keliling pandang korang je sebab cool gila dan menampakkan yang korang seorang yang simple also easy going!

TURTLENECK SWEATSHIRT

Image result for jimin wear turtleneck
Sumber gambar

Fesyen sweatshirt memang berasal daripada negara Korea since dekat sana sejuk, so mereka prefer pakai baju jenis kain tebal. Tapi tak salah pun kalau kita dekat Malaysia nak pakai sweatshirt bila keluar jalan-jalan. For hijabis, kalau korang gayakan turtleneck sweatshirt dengan gaya tudung turban lagi nice sebab nampak trendy! Jimin biasanya akan gayakan turtleneck sweatshirt dengan oversize cardigan, akan nampak gaya ala smart casual.

So girls, tunggu apa lagi? Jomlah kita tiru gaya fesyen Jimin! Simple je girls.. Nak lagi best dan murah, korang boleh pergi bundle. Semua baju ini ada dijual dekat bundle. Siapa geng bundle angkat kening sikit!

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gaya Streetwear Hype, Simple Dan Menarik! Kasut Pun Ada Banyak Jenis Tau!

Apa Kegunaan Body Mist Untuk Badan?