in ,

Tips Travel Waktu Tengah Puasa!

Sumber gambar: www.videoblocks.com

Bulan puasa pun nak pergi travel? Biar betul ni? Penat tau nak berjalan sana sini, dah la tak boleh minum air! Taknak la travel mana-mana waktu puasa ni.

Jangan bagi alasan puasa sebab tak nak ikut parents pergi travel ya. Masa bulan puasa la syok kalau dapat jalan-jalan dengan family! Jangan risau, tenaga korang takkan terjejas pun, kalau penat boleh rehat kejap okay! Ainaa ada tips travel waktu berpuasa untuk korang…

SAHUR MAKANAN BERTENAGA

Sumber gambar: https://foodrevolution.org/blog/best-worst-foods-to-eat/

Kalau dah tahu harini korang akan berjalan ke sana sini, waktu sahur kena makan makanan berkhasiat banyak-banyak okay! #Lunagirls boleh makan nasi, tapi jangan makan cereal sebab nanti tak cukup tenaga nak berjalan! Kita kena ada extra tenaga mana tahu mak nak bawa pergi shopping barang raya lagi.. Kalau tak larat sangat, stop dan berehat sekejap!

ELAKKAN PERGI TEMPAT YANG MEMENATKAN

Sumber gambar: https://www.tumblr.com/search/hiking%20girls

Parents korang mesti dah plan nak pergi ke mana waktu travel tu dan korang jangan risau okay! Elakkan buat aktiviti hiking sebab korang akan alami dehydration.. Bukan setakat tu je, kemungkinan besar korang akan mudah penat sampai pengsan! Korang juga perlu elakkan pergi ke tempat yang ramai dan sesak!

TEMPAT MENARIK

Sumber gambar: http://www.ydcbalitour.com/id/jimbaran.html

Tak nak banyak jalan, bawa barang dan lebih prefer nikmati keindahan alam? Pergi la travel ke pantai je.. Nikmati keindahan matahari terbenam dekat tepi pantai dengan satu keluarga.. Then buka puasa sama-sama dekat tepi pantai tu, nak lagi best solat jemaah satu family sekali dekat sana. Hehe! Kalau seharian duduk dekat tepi pantai mesti tak penat, tapi jangan pula berjemur takut nanti tengok air laut pun korang berselera! Ops!

JANGAN TRAVEL WAKTU SIANG

Sumber gambar: https://bersamadakwah.net/inilah-pelajaran-dari-teriknya-matahari/

Kalau pergi holiday dekat oversea, ada certain tempat waktu siang lebih panjang berbanding waktu malam dan ada juga yang sebaliknya. Dinasihatkan jangan jalan-jalan waktu siang, lebih lagi tengah panas terik. Start berjalan waktu petang sebab that time dah tak panas sangat.. Then after penat berjalan tu, terus la cari tempat berbuka puasa!

See, bukan susah pun kalau nak travel waktu bulan puasa ni. At least merasa la juga puasa dekat oversea. Tips ini boleh digunakan untuk travel balik kampung!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Bawa Barang Ni Balik Kampung, Tak Raya La Nanti!

Zombie Pun Pandai Main Game? Seriously?!