in ,

Tips Terbaik Confess Tanpa Kena Reject! #NationalCrushDay

Sumber gambar: https://www.popsugar.com.au/celebrity/Noah-Centineo-Laura-Marano-Perfect-Date-Interview-46024585

Kita kembali dalam episod ‘Crush korang dah balas cinta ke belum tu?’ Hehe! So macam mana? Crush dah balas cinta atau korang dah kena friendzone? Happy National Crush Day! Sesungguhnya hari ini ialah hari yang sesuai untuk korang confess dekat crush korang. Kalau tak buat harini, kena tunggu tahun depan pula. Memandangkan belum habis lagi 27 September, hari ini Ainaa akan kongsikan tips macam mana nak confess dekat crush tanpa kena reject (disclaimer: ia depends pada individu ya)

TWIT PASAL DIA

Sekarang zaman teknologi, main social media tak sudah, apa guna korang ada Twitter tapi tak twit pasal crush betul tak? Nasib korang baik kalau si dia follow Twitter korang, at least tak adalah twit sia-sia tapi dia tak baca. Tapi janganlah banyak sangat twit pasal dia, sekali sekala pun dah cukup girls. Lagi cun kalau BFF korang tambah ‘garam’ dan bantu korang bagi hint supaya si dia nampak effort kita. Twit sikit tentang Hari Crush hari ini bagi hint dekat dia sekali, hehe!

POST GAMBAR DENGAN CAPTION DEEP/PICKUPLINE

View this post on Instagram

Pergi ke kedai membeli kuih koci, bila la saya nak dapat pikat hari crush ni??!!! 💕💕

A post shared by AinaaHafizah (@ainaa_lunaria) on

Tak salah pun kalau kita jadi perigi cari timba, at least adalah juga usaha nak pikat hati crush korang itu. Every time post gambar dekat Instagram, buatlah caption deep sikit macam luahan perasaan dekat si dia indirectly. Tapi sekali lagi diingatkan, jangan nampak macam korang terlampau desperate nak pikat si dia. Kita bagi hint saja dulu..

SUKA BENDA YANG DIA SUKA


Maybe si dia kaki gig dan kebetulan korang pun kaki gig, why not ajak si dia pergi ‘kenduri’ sama-sama. That time korang bolehlah tunjuk lebih sikit effort yang korang suka dekat dia. Tapi jangan pergi berdua ya, ajaklah kawan yang lain, nanti mak tak bagi pula pergi berdua. Bonus point lagi kalau masing-masing minat band yang sama! Mana tahu dekat situ si dia pun mula sukakan korang, after this every gig yang ada mesti korang orang first yang dia ajak.

SEMUA TAK JALAN? ANGKAT KAKI DAN JALAN KE TEMPAT LAIN

via GIPHY

Itu dah buat, ini dah buat. Nampak macam tak ada peluang je korang nak ada relationship dengan crush pujaan hati. Mungkin memang kena tunggu 27 September 2020 baru boleh confess? Dah tiba masanya korang move on dan cari crush lain sebab si dia macam susah je nak ngorat betul tak. Belum sampai masa untuk korang bercinta kot. Apa kata jom kita belajar dulu girls, next time kita cuba lagi okay!

Apa pun, tak semua orang bernasib baik crush balas cinta. Untuk yang berjaya, kalau ada gambar bersama korang boleh print gambar 4R di SuperDeals! Boleh simpan kenangan korang.. Untuk yang mengalami nasib macam Ainaa, crush masih tak balas cinta sampai sekarang walaupun dah dekat tujuh tahun mengharap, hanging there okay. Good luck diucapkan kepada semua yang sedang berjuang untuk mengorat crush korang!

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tinggi Seseorang Lelaki Main Peranan Sebab…

Tak Perlu Tunggu Idola, Ini Korang Boleh Buat Untuk Alam Sekitar