in ,

Tips Stail Untuk Nampak Kurus

Sumber gambar: https://fashionista.com/2018/09/best-new-york-fashion-week-street-style-spring-2019

Pernah tak kalau #Lunagirls nak keluar pergi mana-mana korang akan ambil waktu yang sangat lama untuk pilih baju apa nak pakai? Sebabnya, kalau pilih baju A nampak gemuklah, pakai baju B nampak pendeklah dan banyak lagi alasan yang membuatkan korang akan spend masa yang lama untuk pilih baju sahaja. Jadi disebabkan korang nak nampak menarik dan slim kalau nak keluar kemana sahaja, Zoe akan share tips stail untuk nampak kurus.

STRIPES

Sumber gambar:

Pilih baju yang bercorak belang atau stripes secara vertical atau memanjang. Ini sebab kalau awak pilih baju yang jalurnya melebar ia akan membuatkan korang nampak pendek dan lebar seperti dwarfs. Hehe. Ramai orang yang suka pakai sama baju atau seluar stripes sebab korang memang boleh nampak kurus dan tinggi. Antara warna yang paling effective untuk stripes ini pun adalah hitam putih dan biru gelap putih.

BLACK IS BFF

Sumber gambar:

Jadikan warna hitam sebagai BFF korang sebab ramai orang cakap yang warna hitam memang akan membuatkan awak nampak kurus! Cara memilih pakaian berwarna hitam ini juga adalah cara yang paling senang. Selain itu, warna hitam sangat membantu untuk sorokkan segala curves awak comel tu!

PAKAIAN DALAM YANG BETUL

Sumber gambar:

Siapa kata pakaian dalam tak mainkan peranan untuk nampakkan korang kurus? Pakaian dalam korang mestilah bersaiz yang betul, jangan terlalu ketat sebab nanti akan menyakitkan badan dan jangan terlalu longgar sebab nanti akan menggeleber. Pilih yang just right for your size dan buat badan awak nampak terletak cantik untuk sarungkan baju nanti.

RIGHT SIZE!

Sumber gambar:

Ada orang sesuai dan nampak menarik bila pakai cantik dan ada yang nampak sangat fashionable kalau pakai oversized punya baju. Tapi kalau korang bukan insan terpilih untuk pakai salah satu ini, pakai yang baju betul pada saiz korang pun sudah nampak kemas dan kurus. Kalau nak nampak menarik, korang boleh saja cuba gayakan salah satu besar dan salah satu ketat sebagai contoh pakai legging dengan oversized shirt dan ikutlah gaya apa yang awak semua suka asalkan selesa.

See #Lunagirls? Sebenarnya tak susah pun nak bergaya dan nampak kurus dalam masa yang sama dan selepas ini tak perlulah awak semua ambil masa yang lama untuk pilih nak pakai apa. Kalau tak percaya, #Lunagirls cubalah tips yang Zoe kongsi ini dan have fun ber-ootd!Β 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pokemon Master Trending Sampai 27 Negara?!

Ini Maksud Sebalik Bebelan Ibu…