in ,

Tips Special Untuk Kurangkan Bulu Badan

Sumber gambar: rice media/man repeller

Nak tanya sikit, awak tak gatal-gatal ke ada banyak bulu macam itu? Kenapa tak nak cukur?

Hmm, kadang-kadang ada masa kita akan rasa bila orang sekeliling asyik tanya kenapa kita banyak bulu. Orang kata, jangan cukur sebab nanti semakin lebat dan kasar tetapi itulah, ada juga yang mulutnya agak kurang ‘asam’ slumber dia sahaja nak gelakkan kita yang berbulu ini tau! Perkara ini boleh menyebabkan ada yang rasa tak confident dengan diri sendiri. Ala, korang jangan risau dan tak perlu pun susah payah bercukur sebab LUNARIA ada tips yang mungkin berguna ubtuk korang!Β 

KUNYIT GARAM

Sumber gambar: liputan 6

Campurkan kunyit dan garam batu, lepas itu korang kacau sehingga bancuhannya pekat. Selepas itu, korang sapu pada bulu-bulu kehidupan korang itu sehingga ia betul-betul menyerap dan kering pada kulit korang. Then, bila dah betul-betul kering korang gosokkan kaki korang dan pastikan cuci kaki. Bukan setakat tiada bulu, silap-silap kawasan kulit berbulu korang semakin cerah sebab kunyit ialah salah satu agen pencerah kulit.

PUTIH TELUR

Sumber gambar: radar perkalongan

Kalau korang nak gunakan cara putih telur, korang boleh bancuh ia ala paste dengan satu sudu gula dan setengah sudu tepung jagung. Selepas korang bancuh dan kacau sehingga jadi bancuhan yang agak pekat, korang sapu dan sambil itu urut-urut sikit kawasan yang korang nak buang bulu itu dan tunggu sampai ia kering. Ia akan mengelupas secara sendiri dari kulit, dan hasilnya memang lembut dan licin!

KAPUR SIRIH

Sumber gambar: brilio

Kapur sirih adalah antara cara paling senang dan mudah untuk korang cuba. Apa yang korang perlu buat adalah korang sapu kapur sahaja pada kawasan mana yang korang nak hilangkan bulu dan tunggu dalam masa setengah jam sehingga betul-betul kering. Selepas itu, korang gosokkan sahaja kawasan berbulu tadi dengan tangan, korang akan nampak bulu itu akan tercabut dengan sendiriinya.

WAX

Sumber gambar: kawaii beauty japan

Paling senang, cepat tetapi agak menyakitkan. Korang wax sahaja kawasan berbulu di badan korang itu. Biasanya, kalau wax, tempoh bulu korang itu nak tumbuh semula agak lambat ada juga dalam tiga bulan ke atas. Tapi apa yang korang kena siap sedia adalah ia agak pedih dan menyakitkan sedikit.

LASER

Sumber gambar: parenting orami

Jika korang berkemampuan dari segi kewangan, atau dah kumpul duit siap-siap.. Korang pergi sahaja rawatan laser untuk hilangkan bulu korang secara kekal di klinik atau spa pakar yang ada rawatan ini. Apa yang paling best, jika korang menggunakan laser, kemungkinan untukΒ bulu korang untuk tumbuh kembalik agak nipis. Dan hasilnya sangat best sebab licin saja! Fuh!Β 

Selepas ini, tak perlu pun korang nak sedih-sedih. Apa kata korang cuba sahaja tips yang kami dah kongsikan kali ini. Kalau mampu, boleh cuba cara yang mahal sikit. Kalau sebaliknya, kita cuba cara tradisional sahaja lebih murah dan lebih banyak kesan terbaik, setuju tak? Selamat mencuba! Kalau jadi, jangan lupa beritahu kami ya!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Akaun Mukbang Malaysia Yang ‘Sedap’

Sebab Coronavirus, Banyak Syarikat Terjejas