in ,

Tips Special Hadapi Cikgu Garang

Sumber gambar: twitter.com/Oh_My_English

Kadang-kadang, ada masa kita akan ditakdirkan dapat cikgu yang garang dan ada juga di antara mereka yang tak suka dengan kita. Jadi, bila perkara macam itu terjadi. Mungkin hal itu juga akan beri kesan dan menjejaskan akademik kita dalam subjek yang mereka ajar. Hal seperti itu, mungkin tak best tapi ada banyak cara lain yang korang boleh cuba untuk hadap mereka tanpa perlu beri kesan buruk pun pada diri korang. 

JANGAN FOKUS BENDA NEGATIF

Sumber gambar: youtube Oh My English!

Antara yang pertama adalah korang tidak perlu terlalu fokus dengan hal yang negatif. Korang tidak perlu pun fokus dengan segala point kenapa cikgu korang itu garang pada korang dan tidak suka pada diri korang sebab hal itu akan beri kesan yang tak best pada masa depan korang. Just do you dan berikan yang terbaik dalam pelajaran.

ULANGKAJI SENDIRI

Sumber gambar: youtube Oh My English!

Selain dari itu, bila ada cikgu yang tiba- tiba tak suka korang dan garang pada diri korang sahaja. Apa yang korang boleh buat adalah cuba ulangkaji mata pelajaran sendiri atau mungkin korang boleh study group bersama kawan-kawan yang lain supaya korang lebih faham dengan subjek yang mereka ajar.

CARI GURU LAIN

Sumber gambar: the star

Maksud mencari guru lain disini adalah bukan korang request nak cikgu lain pada pengetua atau pihak yang sepatutnya di sekolah sebab itu mungkin telah ditetapkan. Apa yang penting, korang boleh cuba untuk cari guru lain yang juga mengajar subjek yang sama dengan cikgu yang tak suka atau garang pada diri korang itu untuk mendapatkan ilmu tambahan dari mereka sebagai contoh, cikgu di kelas tambahan atau cikgu tuition.

BELI JIWA CIKGU

Sumber gambar: youtube Oh My English!

Seterusnya, korang juga boleh cari cara lain yang mungkin lebih baik seperti cuba ambil hati dengan cikgu yang garang dan tak suka korang itu sebab mana tahu lama-lama dia akan okay dengan korang? Kalau tak menjadi juga, korang mungkin boleh kongsi masalah korang pada guru kaunseling korang untuk selesai dan handle masalah ini dengan lebih baik pada masa akan datang. 

Jadi, sebenarnya korang tidak perlu terlalu risau pun jika ada cikgu yang terlalu garang atau tidak suka pada korang. Ini sebab rasanya when it comes to hal akademik lebih lagi seperti ujian, kuiz dan peperiksaan. Jika jawapan korang kena dengan skema jawapan, dia pasti tidak akan main sesuka hati kurangkan markah korang. Jika korang berusaha untuk jadi lebih baik dan tak fokus sangat dengan hal yang mereka tak suka korang itu mungkin selepas ini cikgu itu pun lambat laun akan diam sendiri. Hehe. Jadi, korang ada ke cikgu yang macam ini? Cuba komen sikit!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Perkara Rare Mungkin Kita Buat Selepas Bangun Tidur

4 Kesalahan Biasa Penyebab Bulu Mata Sendu