in ,

Tips Selamat Holiday Ke Oversea Di Musim Coronavirus

Sumber gambar: abcnews.go.com

Family ajak pergi travel tapi risau tentang coronavirus yang masih lagi berterusan.. Takkan nak batalkan percutian? Ruginya semua benda yang dah booking!

Tak perlu batalkan percutian korang sekeluarga kalau korang dah lama plan holiday! Melainkan negara yang bakal korang lawati itu berkemungkinan ada kes coronavirus. Itu sangat disarankan untuk batalkan sahaja, takkan nak bahayakan diri semata sebab nak bersuka ria? Tapi kalau negara yang korang nak lawati tak ada apa-apa kes, teruskan sahaja sebab maybe ini je masa yang ada untuk korang spend with your family.

Bila kita nak travel jauh, isu keselamatan dan kesihatan masing-masing sangat penting untuk kita jaga. Lebih lagi mak kita, mesti dia risau kalau anak-anak dia jatuh sakit. Dekat sini LUNARIA akan bagi tips pada korang agar sentiasa selamat dan dijauhkan daripada virus jahat itu, which is dengan cara…

LAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Image result for dewasa cucuk vaksin
Sumber gambar: Hellosehat

Sebelum korang sekeluarga memulakan perjalanan, ada baiknya kalau semua lakukan pemeriksaan kesihatan. At least kurang rasa risau membelengu diri korang sekeluarga. Let say kalau tak berani, ambil je suntikan vaksin yang berkaitan, inshaAllah korang akan selamat. Asalkan jangan lupa bawa sekali segala macam ubat-ubatan yang berkenaan sebagai pencegahan awal kalau korang jatuh sakit semasa di negara orang.

TOPENG MUKA

Image result for girl wear face mask
Sumber gambar: Sorenews24

Bukan dekat Malaysia je korang kena pakai topeng muka, dekat luar negara pun kena pakai juga ya. Asalkan pakai topeng muka yang betul, bukan topeng muka kain yang macam oppa K-pop korang pakai itu ya, yang itu ia hanya untuk fesyen bukan untuk mencegah virus. Lagi-lagi kalau berada dekat tempat yang sesak seperti airport, shopping mall atau lokasi yang ramai orang, make sure korang pakai topeng. Sila ganti topeng muka korang setiap 4 jam sekali.

HAND SANITIZER

Image result for wear hand sanditizer
Sumber gambar: Ebay

Since dekat kedai dah banyak hand sanitizer sold out, korang kena usaha keras sikit untuk cari stock. At least hand sanitizer ini boleh dijadikan sebagai salah satu bahan pencegahan virus yang ada. Bawa je ke mana korang pergi supaya setiap kali nak guna korang boleh terus pakai. Selain hand sanitizer, barang ‘wajib’ lain yang perlu ada dekat dalam beg korang ialah tisu, tisu basah dan sabun! Setiap kali lepas pegang apa-apa, terus sanitize tangan tu. Bila korang dah selalu buat nanti lama-lama ia jadi kebiasaan.

ELAKKAN BERSENTUHAN

Image result for bersentuhan
Sumber gambar: Benangmerahdasi

Jangan sesuka hati pergi pegang anak orang lain yang korang nampak dekat shopping mall ya. Asal nampak budak kecik cute, mula rasa nak picit pipi dia. No no no! Maybe parents budak kecil itu sendiri tak suka kalau korang pegang anak mereka sesuka hati. Even korang pun tak boleh nak pegang orang lain sesuka hati juga, confirm orang itu akan rasa tak selesa. Lagi-lagi kalau orang itu tengah dalam keadaan tak sihat, demam, batuk atau selesama. Jangan sesekali berani untuk terus bersentuhan dengan orang tersebut sebab wabak macam itu sangat tinggi untuk dijangkiti kalau berada dekat tempat awam.

MAKANAN

Image result for sashimi
Sumber gambar: Youngocean

Sekarang ini tengah musim haiwan membawa virus, so jangan sesekali berani untuk makan segala macam makanan yang dijual dekat tepi jalan. Buatnya korang ingat itu ialah sate ayam, sekali rupa-rupanya sate tikus! Ha, takutkan? Lagi bagus kalau korang elakkan diri daripada makan makanan yang tak masak lagi. Tak berani makan, jangan makan okay.

Maklumlah tengah musim virus, kena lebih berhati-hati, kita pun tak nak benda tak elok kena dekat diri kita. Jadi, kena cegah daripada awal.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments