in ,

Tips Sambut Birthday Orang Tersayang Dengan Bajet Kecil!

Sumber gambar: Lunaria

OMG! Minggu ni birthday kakak lepastu minggu depan birthday mak pula, hujung bulan birthday Alisha my BFF! Hadiah apa la nakย  bagi dekat diorang ni? Budget dah la tak berapa nak ada ni.

Ala, faham sangat la kalau waktu zaman sekolah ni kita mana da banyak duit pun. Setakat mengharapkan duit belanaj sekolah yang parents bagi lepastu duit tabung lagi. Itu pun cukup-cukup untuk diri sendiri je, mana boleh nak belanja orang lain guna duit tu. Alamatnya makan pasir la korang dekat sekolah nanti, haha!

via GIPHY

Tapi kalau dah melibatkan orang yang kita sayang, kena la usaha lebih sikit untuk membahagiakan mereka kan. Jangan risau, walaupun korang tak cukup budget, tapi jangan risau korang masih boleh membahagiakan mereka at the same time korang pun akan rasa happy juga. Ainaa ada beberapa idea untuk korang yang kekurangan budget dan kekurangan idea. Check it out girls and boys!

JOM MAIN BOWLING

via GIPHY

Satu game paling murah pun dalam RM8, korang boleh main dalam tiga atau empat orang. Tak cukup duit? Minta la share dengan adik-beradik yang lain demi kebahagiaan parents korang yang tengah nak celebrate anniversary mereka! Confirm pecah perut korang gelak dekat tempat bowling tu sebab dapat tengok skill masing-masing. Lagi best kalau dapat buat mini tournament #TeamAyah dengan #TeamIbu, baru la lagi happening kan! Lagi pun ada banyak tempat main bowling ni, pergi la mana-mana shopping mall pun, mesti akan ada punya. Weekend ni ajak la satu family korang pergi main bowling okay!

A DAY WITH THEM

Next week birthday BFF korang tapi tak cukup duit nak belikan shawl favorite dia? Tak mengapa, tak bagi hadiah pun tak apa a girls. Cuba ajak dia dating for the whole day, supaya korang dapat spend time together walaupun tak keluarkan duit yang banyak. Siapa cakap nak happy kena keluarkan banyak duit? Bawa pergi jalan-jalan pun dah cukup memadai ya girls! Tempat paling best untuk bawa mereka pergi jalan-jalan ialah ke muzium yang menarik macam Selfie Muzium, Balai Seni Negara, jalan-jalan dekat Pasar Seni, berjalan dekat street art dan banyak lagi la. After that cari la makan dekat mana-mana gerai terdekat. Ala dekat KL tu berlambak kedai best, pilih je nak yang murah atau mahal, dua-dua korang boleh jumpa dekat sana tau. Confirm hadiah yang korang bagi ini sangat bermakna buat mereka yang korang celebrate tu.

PICNIC TIME!

via GIPHY

Tak payah bawa pergi makan dekat tempat fancy mahal-mahal, ajak je picnic dekat mana-mana. Lagi best kalau dapat kumpulkan ramai kawan-kawan korang bersama-sama, baru la happening! Kalau nak diikutkan, hadiah macam ni lagi bermakna untuk mereka. Antara tempat yang Ainaa boleh suggest korang picnicย ialah dekat Taman Tasik Perdana, Taman Botani Shah Alam, Taman Layang-Layang dan paling best dekat Putrajaya sebab dekat situ ada banyak sangat taman yang boleh korang pergi, nak habiskan sehari suntuk pergi semua taman dekat situ pun tak cukup ya. Kalau dah picnic, kena la ada makanan kan? Disebabkan tadi kita dah ajak ramai kawan-kawan, minta la setiap seorang bawa makanan sendiri, baru la meriah. Nak tambah pun just beli air dan makanan ringan je, so that dah complete makanan untuk korang! Additional kalau nak beli hadiah, bagi je gambar korang ramai-ramai waktu picnicย tu, kalau ada polaroid camera pun best juga!

DATE DEKAT KAFE KUCING

via GIPHY

Kata orang lelaki yang suka kucing ni cute! Betul ke? Korang yang boys ni suka kucing tak? Then ada juga yang cakap bahawasanya lelaki yang sukakan kucing ni seorang yang sweet!

ALAMAK! Kalau betul, Ainaa pun nak cari boyfriend yang sukakan kucing la, hehe! Kalau nak main kucing dekat tepi jalan tu memang tak ada masalah, tapi mesti korang takut kucing tu ada penyakit atau kotor kan? Tapi tangan si dia tu masih gatal nak pegang juga? Jangan risau, kita ada banyak kafe kucing dekat seluruh Malaysia! Pilih je mana-mana kafe kucing yang dekat dengan kawasan korang. Budget masuk situ pun tak ada la mahal mana, cakap je la dekat si dia yang korang tak cukup budget tapi masih ada rasa untuk membahagiakan si dia. Jawapannya ke kafe kucing je la since dia pun memang suka kucing. Confirm dia akan suka hadiah yang korang bagi tu! Kalau dah nama pun pencinta kucing, mereka dapat tengok kucing pun dah cukup membahagiakan tau. Cuba la ajak dia dulu, mana tahu lepas ni boleh upgrade from crush to girlfriend? Eh?

Siapa cakap nak membahagiakan orang kena ada banyak duit? See, budget kecil pun boleh buat orang lain happy tau. Korang sendiri akan rasa happy juga kan? Good luck then for those yang berniat untuk membahagiakan orang lain!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments