in ,

Tips Prepare Muka Cantik Pagi Raya!

Sumber gambar: YouTube BeautyTube

via GIPHY

Selalunya Ummi kongsikan jenis produk yang sesuai untuk kulit muka kita.. Tapi #Lunagirls nak tahu tak cara pakai produk muka dengan cara yang betul? Contohnya cara urutan muka atau pun cara guna cotton to apply toner? Ha! Teka teki korang akan berakhir sebab Ummi akan kongsikan tips and trick untuk pakai produk-produk tersebut! Minggu depan nak raya dah, jom sediakan muka!

PEMBERSIH WAJAH

Sumber Gambar: https://www.cosmopolitan.com

Mana lengkap hari kita kalau tak basuh muka dengan cleanser kegemaran! Tapi korang rasa dah betul ke cara korang cuci muka itu? Atau hanya tonyoh sikit dan siap? Eh! Janganlah macam itu #Lunagirls, kalau betul sayangkan kulit muka korang, apa kata manjakan sikit kulit muka itu dengan urutan di serata muka.. Ala! Ambil masa lima minit je, tak lama tau.. Mulakan urutan clockwise di bahagian pipi dan teruskan urutan ke bahagian lain!

TONER

Sumber Gambar: https://www.lovelyskin.com

Lepas dah basuh muka, next step is pakai toner! Biasanya korang pakai toner guna cotton or spray? Kalau spray, make sure tunggu dulu dan bila toner kering baru apply next product! Tapi kalau guna cotton, jangan sesekali korang lap cotton itu pada kulit sebab ia akan melukakan kulit korang.. #Lunagirls hanya perlu dab dab je cotton tu dekat muka!

SERUM

via GIPHY

Serum korang wajib pakai tau! Sebab serum mengandungi vitamin C,E dan nutrisi yang lain.. Kalau boleh pilih serum yang ringan dan cair mengikut kesesuaian kulit korang. Ha! Cara nak apply serum pula, korang urutkan serata muka korang sehinggalah ia meresap.. Jangan tinggal macam itu je tau, rugi tak dapat khasiat serum nanti!

EYESERUM

Sumber Gambar: https://makeupandbeauty.com/

Siapa dekat sini ada mata panda? Kita geng! Huhu! Kita disarankan pakai eye cream pada waktu pagi dan juga malam sebelum tidur.. Tapi janganlah tonyoh kuat-kuat ya masa nak apply, cukuplah sekadar menggunakan jari manis korang dan urut bahagian tersebut dengan lembut. Kalau kasar sangat, nanti belum tua dah mula ada garis kedutan.. Oh no!

SUNSCREEN

via GIPHY

Nak pergi beraya nanti mesti banyak jalan ke sana sini, jadi jom rajinkan diri pakai sunscreen or sunblock untuk melindungi kulit dari sinaran matahari!  Jangan lupa tekankan dekat hidung, pipi dan dahi yang akan banyak terdedah dengan matahari.. Tapi jangan letak banyak sangat, takut nanti muka cepat berminyak! Cukup sekadar ratakan sahaja..

Setiap produk mempunyai cara tersendiri untuk menggunakannya. Banyak jenis produk yang korang boleh try kat Hermo tapi make sure sesuai dengan kulit korang ok? Jangan malas-malas sebab bila korang malas mulalah keluar segala jenis jerawat! Dan paling penting pastikan semua meresap ke dalam muka korang terlebih dahulu sebelum apply produk seterusnya!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Hi Lunaria, boleh share apps untuk edit gambar raya family yang senang,ringkas and lawa. Bolehlah abadikan raya photo with family raya tahun ni!

    • Hi awak! Kita ada share artikel apps edit gambar sebelum ni, awak search ‘
      Apps Ambil Gambar Kalah Professional!’ dekat website Lunaria.com.my okay! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Syafiq Kyle & Mimi Lana Enggan Menunjuk-nunjuk

Lepas Instagram & Facebook, WhatsApp Pun Ada Iklan?!