in ,

Tips Potong Rambut Sendiri Di Rumah

Sumber gambar: YouTube BuzzFeedVideo

Geramnya tengok rambut sendiri.. dah macam zombie dah.. Beratnya kepala!

Haa ada yang stress dan geram dengan rambut sendiri? Untuk geng yang dah biasa ada rambut pendek mesti tak senang duduk bila rambut dah mula panjang dan susah nak diurus betul tak? Untuk geng yang lain pula, bila lama sangat duduk rumah, rambut jadi kusut, tidak bermaya, bercabang, dan macam-macam lagi. Selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dijalankan, kedai gunting rambut tidak akan dibuka. Jadi kita haruslah duduk diam-diam di rumah.

Untuk artikel kali ini, LUNARIA sangat teruja kongsikan beberapa tips dan cara memotong rambut sendiri di rumah. Kalau korang tak nak potong rambut sendiri, mungkin tips ini korang boleh buat kepada abang, kakak, adik atau mak ayah korang di rumah okay?

GUNTING TAJAM

via GIPHY

Haip, bukan main osom batu, gunting, air ya gais! Kalau nak gunting atau trim rambut, kita perlukan gunting yang tajam! Gunting yang tajam sangat diperlukan agar rambut mudah untuk dipotong. Kalau korang ada gunting khas untuk memotong rambut, ia adalah lebih baik. Tapi kalau tak ada tak apa, cuma perlu pastikan gunting yang digunakan memang tajam. Gunting yang tajam juga membantu kita agar tak mencabut rambut saat memotongnya. Sakit ya jika rambut tersekat pada gunting tumpul semasa potong.

Cara nak tahu gunting cukup tajam untuk potong rambut ialah dengan menggunting sehelai benang. Pegang sehelai benang dan gesekkan gunting ke benang tersebut. Apabila bilah gunting tersebut berjaya memotong benang tanpa menariknya terlebih dahulu, maka korang boleh guna gunting itu untuk potong rambut.

Selain itu, korang juga akan memerlukan sikat dan pengepit rambut untuk memudahkan korang bahagikan rambut dalam beberapa bahagian.

RAMBUT LEMBAP

via GIPHY

Sebelum potong rambut, kita disarankan untuk mencucinya terlebih dahulu. Keringkan rambut beberapa saat supaya rambut tak kusut. Rambut harus lembap untuk memudahkan korang gunting rambut. Ingat ya, jangan terlalu basah. Kalau tengah sesi memotong rambut dan ada bahagian rambut yang mula mengering, korang boleh pinjam spray air mak untuk lembapkan semula rambut sebelum potong.

Jika kita potong rambut dalam keadaan ia kering, hasil rambut nanti tidak sama dan akan nampak tidak kemas.

POTONG SIKIT-SIKIT

Sumber gambar: Qz.com

Kita bukanlag seorang penggunting rambut yang professional jadi sangat penting untuk kita lakukannya sedikit demi sedikit. Caranya, korang boleh mulaΒ trim, atau memotong sedikit bermula dari hujung rambut yang bercabang. Kalau dah buka rasa yakin dengan tangan dan gunting, korang boleh mula gunting ikut berapa banyak korang nak. Cuma, semasa gunting rambut nanti pastikan minta tolong mak, kakak atau adik untuk jadi assistant supaya rambut tak senget! Yakin sangat buat sendiri pun bahaya juga untuk first timer macam kita ini.. LOL!

TAK PERLU TERLALU FANCY

Sumber gambar: Dazeddigital.com

Tips ini sangat penting ya! Kalau ini kali pertama korang nak gunting rambut, kita gunting style bashe-bashe pun sudah memadai. Jangan simpan harapan terlalu tinggi untuk cuba style rambut yang terlalu fancy sebab kita tak ada kemudahan dan skill seperti tukang gunting rambut professional. Β Sedangkan professional pun kadang-kadang boleh tersilap gunting apatah lagi kita yang noob ini. Silap haribulan, niat di hati nak potong sikit je, terus kena potong pendek sebab salah gunting. Opss!

KHAS BUAT SI CURLY HAIR

via GIPHY

Rambut kerinting akan memerlukan treatment yang berbeza dengan dengan rambut lurus. Kalau korang geng rambut kerinting, korang hanya perlu buat sedikit trimming di hujung rambut. Tapi sebelum gunting, pastikan lembapkan rambut terlebih dahulu. Rambut kerinting akan nampak lebih pendek bila ia kering, jadi make sure korang tahu berapa pendek korang nak potong rambut.

Buat beberapa sections sebelum mula gunting untuk elakkan rambut sebelah panjang, sebelah pendek. Pastikan bahagian rambut yang dibahagikan tadi sama banyak supaya rambut korang nampak sama bila dah siap nanti.

Korang dah bersedia potong rambut sendiri tak? Kalau nak buat sesi potong rambut ini lebih menarik, korang boleh ajak adik beradik untuk buat sama-sama. Kalau tak jadi, sekurangkan boleh juga gelak dan hiburkan hati. Rambut panjang ke pendek, yang penting kita confident dengan diri sendiri okay!

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Seksaan Adik-Beradik, Hanya Anak Bongsu Sahaja Yang Faham

Karakter Fantasi Yang Selalu Muncul Dalam K-Drama