in ,

Tips Pilih Saiz Tepat Waktu Beli Barangan Online

Sumber gambar: businessinsider.com

Ramai orang sekarang ini lebih prefer untuk beli pakaian secara online sebab lagi senang dan tak perlu keluar rumah dan tinggal tunggu sahaja di pintu untuk barang sampai. Tapi ada juga yang kurang suka beli secara online sebab takut tersalah pilih saiz dan fabrik tidak selesa sebab gambar yang dipaparkan di website dan laman media sosial itu hanya ilusi semata dan sudah diedit, betul tak? Jangan risau, sebenarnya tidak ada masalah pun untuk korang beli secara online dan kami ada beberapa tips untuk korang pilih saiz yang tepat sewaktu beli barangan online.

FABRIK KAIN

via GIPHY

Antara yang pertama korang perlu titikberatkan adalah jenis fabrik kain pakaian yang korang nak beli itu. Perlu tahu sama ada kain itu cotton ke, linen ke, spandex dan lain-lain sebab kalau fabrik itu tidak ada fabrik spandex langsung, kemungkinan korang nak renggangkan kain itu jadi besar sedikit memang tidak ada lebih lagi kalau itu jenis linen.

UKUR SAIZ

via GIPHY

Wajib ukur dan tahu saiz badan korang. Macam mana nak tahu? Ambil saja pita ukur dan ukur atau waktu setiap kali korang ukur baju raya dekat tukang jahit itu pun korang minta copy ukuran badan korang yang mereka dah ukur. Tanya juga mereka ukur dalam inci atau sentimeter sebab benda itu sangat penting jadi bila korang nak beli pakaian apa-apa secara online sudah tak ada masalah.

LEBIHKAN “2”

via GIPHY

Lebihkan “2” ini adalah bila baju itu peniaga dah bagi description yang baju itu lebih kecil dari saiz asal korang. Lebih lagi kalau korang beli barang yang shipping dari negara seperti Indonesia, China, Jepun dan Korea sebab orang dari sana kebanyakan badan mereka kecil dan tidak bidang seperti kita. Jadi sebaiknya lebihkan “2” dari saiz asal korang.

TAHU CUTTING

via GIPHY

Tahu jenis cutting baju itu sama ada ia straight, fit, fit-loose, oversized dan lain-lain. Kalau jenis straight, baju yang korang dapat itu memang betul saiz korang tapi kalau fit sikit depends pada korang selesa atau tidak sebab baju fit memang ikut shape badan korang dan akan nampak fit kemas atas badan. Kalau loose dan oversized memang terlebih besar dan nampak macam korang pakai baju pinjam kalau tak kena dengan korang.

‘NON-EDIT’ GAMBAR

via GIPHY

Boleh saja kalau korang request dari peniaga untuk gambar baju yang mereka belum edit lagi sebab nak tahu sebenarnya warna baju itu macam mana dan lain-lain. Kalau website biasanya korang tengok dari review pelanggan lain. Tapi kalau yang peniaga sendirian rasanya mereka okay sahaja kut kalau korang request untuk gambar belum edit. Hehe!

via GIPHY

Jadi selepas ini korang sudah tahu nak beli barang secara online macam mana kan? Sebenarnya senang sahaja, asalkan korang memang sudah tahu korang lebih suka dan selesa pakai yang macam mana dan memang tak dapat dinafikan ada saja peniaga yang main bantai saja letak tanpa periksa semula jenis fabrik dan ukuran saiz. Tapi kalau korang terkena yang macam itu, korang tegur saja peniaga itu dan kalau mereka masih tidak alert dengan kesilapan mereka, korang tak payah beli dengan mereka lagi. Haha! Dan kalau boleh korang pun jadi-lah pembeli yang bijak dan beli barang dari peniaga yang memang dah beri semua info barang yang mereka jual itu secara detail.Β 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nervous Waktu First Date, Jom Try NO.2?

Cara ‘Serap’ Ilmu Masa Study Last Minute!