in ,

Tips Pilih Panties! #JanganMaluPlease

Sumber Gambar: https://www.orami.co.id

via GIPHY

Selalu kita risau tentang penampilan diri kita.. Nak pakai baju apa, seluar apa, tudung warna apa, kasut jenis apa dan bermacam lagi! Tapi kadang-kadang kita lupa nak ambil berat tentang pakaian dalam kita.. iaitu bra and panties! Alasannya sebab kita pakai kat dalam dan malu nak pergi beli.. Alahai girls.. jangan macam tu please? Pakaian dalam pun penting untuk keselesaan kita tau! Jom Ummi kongsi tips untuk cari panties yang selesa!

KAIN COTTON

Sumber Gambar: https://id.aliexpress.com/

Macam biasa kain cotton ialah material yang terbaik untuk pemakaian kita! Sebab ia menyerap peluh dengan mudah.. best kan? Hihi! Vagina kita tak boleh selalu basah tau.. nanti akan mudah dapat jangkitan bakteria! Jadi #Lunagirls carilah panties yang sesuai, lagi-lagi kalau korang seorang yang aktif!

TIDAK TERLALU KETAT

via GIPHY

Ramai suka beli panties yang ketat! Katanya ia akan ‘tolong’ nampak shape dan bagi bentuk badan kita menarik! Tapi korang tahu tak, panties yang terlalu ketat ini boleh menyebabkan jangkitan pada vagina kita.. Ha! Jadi nasihat Ummi, jangan pakai selalu.. Kalau dekat rumah atau sekolah pakai je yang longgar dan selesa! Vagina kita pun happy, boleh bernafas riang! Hihi!

PANTIES SEAMLESS

Sumber Gambar: https://creativefashionblog.com

Apa tu seamless? Ia bermaksud panties yang hanya mempunyai jahitan sedikit atau pun tiada jahitan langsung! Seamless panties sangat bagus sebab ia tidak akan menyakiti organ dalaman vagina kita.. Dia tak memberi tekanan dan kita akan rasa lebih selesa untuk bergerak! Psst, panties ni sangat sesuai kalau kita pakai skirt juga!

PINGGANG TINGGI

via GIPHY

Untuk #Lunagirls yang ada perut agak besar sebab tengah bloated, korang sangat sesuai untuk pakai panties paras pinggang! Ia bukan je buat penampilan korang nampak kemas tapi ia juga tidak akan meninggalkan kesan di pinggang yang akan mengakibatkan kegatalan dan kemerahan! Kalau perut kita agak buncit, dengan panties paras pinggang ni dapatlah sorok sikit perut tu! Hihi!

SESUAIKAN DENGAN AKTIVITI

via GIPHY

Tips terakhir! Sebenarnya kita kena pilih mengikut aktiviti! Kalau macam pergi sekolah maybe boleh wear the loose one, kalau koko atau pun pakai baju kurung untuk kenduri, boleh pakai yang seamless.. Kalau period, boleh je pakai panties yang akan grip peha dan vagina kita.. supaya lebih selesa dan rasa selamat bila pakai pad! Hihi! Tapi make sure, jangan selalu pakai yang ketat ya!

Kalau sebelum ini, korang tak pernah ambil tahu mengenai pemilihan panties, apa kata kita mula sekarang? Hihi! Sekali sekala kita pakai beli panties yang cantik! Ingat tau pesanan Ummi, jangan pakai ketat-ketat.. kepam pula nanti! Ops! Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Terlepas Konsert BLACKPINK? Trivia Special Untuk #BLINKS!

LunaSquad: Adik Selalu Jadi Punching Bag?!