in ,

Tips Pergi Open House, Jangan Bunyi Please!

Sumber Gambar: https://www.glamour.com

Sumber gambar: www.thehungerdiaries.com

Makan adalah satu nikmat yang paling dinikmati, biarlah berhabis duit untuk makanan asalkan kenyang dan happy tapi #Lunagirls ingat ye makan dengan cara sihat. Korang tahu tak dengan cara makan kita boleh membaca personaliti seseorang, nak tahu? Mari LUNARIA kongsikan.

PERLAHAN

via GIPHY

Kadang kita macam rimaskan dengan orang makan perlahan, yelah yang lain dah habis dia masih lagi makan tapi sebenarnya mereka ni tak suka terkejar-kejar ketika membuat sesuatu, dia menghargai setiap moment bak kata orang “makan perlahan ni, korang akan lebih menikmati every bite” gitu hihi.

LAJU

via GIPHY

Bila makan laju pula dikatakan gelojoh, alahai nak buat macam mana ye. Hakikatnya mereka bukanlah gelojoh cuma mereka mahu menyelesaikan tugas dengan cepat dan pantas. Senang cerita multi-tasking, boleh buat itu ini dalam satu masa. Kadang makan sempat borak, main phone. Hebatkan? Hihi

 

SUKA MENCUBA

via GIPHY

Siapa suka mencuba makanan? Korang ni memang seorang yang berani, bukan setakat mencuba malah berani meminta cuba makanan kawan haha… okay gurau je. Personaliti korang lebih terbuka, tidak akan complaint dengan apa yang terjadi dan ada je idea untuk jadikan situasi lebih fun.

 

JANGAN SENTUH

via GIPHY

Kebiasaanya mereka ni tak suka berkongsi makanan, pinggan, sudu dan garfu tapi mereka bukan kedekut tau cuma ingin membuat sesuatu tu lebih ekslusif. Sifat macam ni membuat mereka lebih teratur dan sukakan kebersihan.

 

POTONG KECIL

via GIPHY

Cara makanan sebegini jarang dijumpai, kalau ada mesti korang akan kata “penatlah tengok kau makan” tapi bagi mereka ni adalah cara makan yang kemas. Cara begini akan menampakkan mereka seorang yang tegas dan forward thinker, lebih kerja keras dalam melakukan sesuatu untuk menampakkanya lebih terurus.

Setiap orang ada pelbagai cara makan yang berbeza, kadang kita tepaksa makan laju sebab nak cepat dan kadang makan perlahan sebab banyak lagi masa tu chill. Jadi #Lunagirls yang macam mana ye? cuba cari dan rungkaikan personaliti korang hihi.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

OMG! Mata Makin Rabun.. Nak Buat Apa Ni?!

Aplikasi Balik Raya Yang Korang Wajib Ada!