in ,

Tips Penjagaan Period Untuk Geng Baru Period

Sumber gambar: www.halodoc.com

Bila tiba saja waktu period, ia akan buatkan para perempuan tak selesa dan ada pelbagai ragam walaupun tidak semua mengalaminya. Apa yang paling tak best, bila rutin harian kebersihan kita perlu ada double effort hanya disebabkan period ini buatkan badan kita jadi tidak selesa yang hanya tuhan yang tahu, betul tak girls? Jadi, korang yang baru datang bulan jangan risau sebab kami akan kongsi dengan korang cara terbaik dan tips penjagaan kebersihan waktu period yang perlu korang tahu. 

PILIH SELUAR DALAM

Sumber gambar: health line

Untuk pengetahuan korang, seluar dalam adalah benda yang perlu kita ambil berat waktu period. Oleh sebab itu, korang kena pakai seluar dalam yang selesa dan sebaiknya gunakan seluar dalam fabrik kapas. Pastikan juga seluar dalam yang korang pakai itu tidak terlalu ketat sebab ada orang, bila tiba waktu period, kulit boleh jadi sensitif tiba-tiba tau. 

PAD ATAU TAMPON

Sumber gambar: the healthy

Korang juga kena sentiasa tahu dan ada inisiatif sendiri untuk bawa extra pad atau tampon atau apa sahaja jenis tuala wanita yang korang guna waktu  period. Ini adalah sebab korang perlu sentiasa tukar tuala wanita setiap 4 ke 5 jam dalam sehari sewaktu period. Jangan tunggu sampai tuala wanita dah penuh baru nak tukar girls.

SABUN? OH TIDAK!!

Sumber gambar: todays parents

Tidak dinafikan, ada di antara kita yang suka cuci bahagian sulit menggunakan sabun. Jika tak guna sabun, rasa macam tidak selesa dan masih kotor, betul tak? Sebenarnya, kalau korang nak tahu, kita tak boleh suka hati cuci bahagian sulit kita dengan sabun sebab ianya boleh menyebabkan iritasi kulit dan jangkitan kuman. Kalau boleh korang lap sahaja bahagian itu dan di kawasan celah kangkang korang juga dengan tisu basah.

LEGANYA SUAM…

Sumber gambar: medical news today

Bagi kawan-kawan yang mudah sakit belakang, senggugut, sakit perut dan sebagainya korang jangan lupa juga bawa sesuatu yang boleh hangatkan badan korang yang mudah rasa sengal dan sakit nanti. Bawalah heating pad ke, botol berisi air suam ke, atau apa sahaja untuk dituam pada kawasan badan korang yang kurang selesa itu.

OH PLEASE…MANDI…

Sumber gambar: web md

Tolonglah! Walaupun mood mandi pada waktu period ini sangat ditahap paling bawah, korang perlu kerap mandi. Nanti badan korang akan keluarkan bau yang sangat ‘wow’ dan bukan setakat korang sahaja yang tidak selesa malah orang sekeliling pun sama. Jadi, mahu atau tidak. Korang kena rajin mandi okay.

Nampak senangkan? Tapi, waktu period itu memang mood setiap orang perempuan memang berbeza dan tidak semua perempuan sama. Walaupun korang ada pelbagai jenis perangai sewaktu period, korang kena ingat bahawa kebersihan sewaktu period itu juga perlu diambil berat dan kalau korang tak jaga, risau pula ia akan beri kesan pada kesihatan korang pada masa akan datang.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Lagu ‘Filter’, Jimin BTS Kini Laku Di India

Tips Cuci Kasut Yang Paling Berkesan Dan Senang