in ,

Tips Paling Onz Nak Stalk Crush

Sumber gambar: YouTube Caitlyn Ann

Bohong kalau di antara korang semua ini tak pernah stalk orang.. Tak kisahlah stalk crush ke, cikgu ke, kawan kepada kawan korang ke, kawan kelas ke, artis ke.. stalk tetap stalk! Haha! Agaknya waktu itu mesti ada yang tengah feeling yang diri korang ini ejen FBI kan? Tak apalah perasan sekali sekala. Walau bagaimanapun, ada tak antara korang yang tak tahu pun cara sebenar nak stalk orang? Okay, untuk korang yang tak tahu, LUNARIA akan bagi korang tips paling onz nak stalk orang, lebih lagi crush korang yang comel itu!

GOOGLE

via GIPHY

Antara benda pertama yang korang boleh buat adalah korang Google sahaja nama mereka. Ikut korang nak taip nama penuh dia ke, nama panggilan ke atau apa sahaja yang korang kenal. Apa yang korang akan dapat dari situ adalah semua akaun media sosial orang itu, tak kisahlah Facebook, Twitter, Instagram atau kalau dia ada Pinterest dan lain-lain pun korang mesti akan dapat, tapi korang jangan tersalah orang pula ya.

TUMPANG AKAUN KAWAN

via GIPHY

Selain dari itu, korang boleh juga tumpang akaun media sosial kawan-kawan korang. Mana tahu ada salah seorang dari kawan-kawan korang memang dah follow orang yang korang nak stalk itu. Korang minta lah tolong kawan korang untuk pinjamkan sekejap akaun mereka kan? Tapi korang juga perlu hormat keputusan kawan korang kalau dia tak beri izin okay! Lagi satu, pastikan kawan korang itu pun dia tak crush dekat orang yang korang nak stalk pula ya, kang tak pasal bergaduh.

FAKE ACCOUNT

via GIPHY

Ini antara cara paling mudah nak stalk orang, korang buat sahaja fake account yang khas untuk stalk orang. Bila dah ada fake account yang khas itu, korang follow terus, tak perlu nak malu-malu lagi dah sebab mereka bukannya tahu itu korang pun betul tak? Tapi ini bukan alasan untuk korang jadi seseorang yang boleh ganggu hidup orang yang korang suka stalk itu tau! 

JANGAN TER’LIKE’

via GIPHY

Cara lain yang boleh korang cuba juga kalau malas nak buat semua yang kami cadangkan tadi, korang taip sahaja username mereka di Instagram atau mana-mana akaun media sosial yang korang ada. Korang cari sahaja sampai jumpa dan kalau dah jumpa pastikan korang tidak tertekan butang like sebab nanti sia-sia sahaja kantoi..

Okay, jadi korang dah tahukan tips paling onz nak stalk orang? Bolehlah korang cuba lepas ini. Akan tetapi, ingat juga ya, kalau nak stalk orang jangan pernah korang ganggu hidup mereka okay. Kalau nak kawan dengan mereka, apa kata korang terus tegur mereka? Ala, lagi pun bukannya crush korang itu makan orang pun. Selamat mencuba

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Perbezaan Dunia K-Pop Dulu dan Sekarang

Apa Maksud Disebalik Warna Emoji Love?