in ,

Tips Pakai Lipstick Buat Gigi Nampak Putih

Sumber Gambar: https://www.beautyheaven.com.au

via GIPHY

Semua orang idamkan untuk ada Gigi yang putih, siapa je tak nak kan #Lunagirls? Bukan apa tak elok lah orang pandang gigi kuning dan berkerak. Lagi-lagi bila nak senyum dekat crush, mesti nak kena manis dan menawan, hihi. Apa nak buat, hmm! Apa kata kita cuba guna trick lipstick. Haa nak tahu macam mana? Baca lah article Ummi ni.

MERAH MAK NGAH

Sumber Gambar: https://www.grid.id

Biasanya kita dengar mak-mak je yang sebut ‘gincu merah mak ngah’, haha. Kita yang muda remaja ni memang jarang la nak pakai color macam ni sebab buatkan kita nampak tua. Tapi girls sebenarnya dengan memakai lipstick ni akan menampakkan korang garang tau, tapi from the first sight je la but once korang senyum, crush pun cair terus minta number phone. Tak percaya? Cuba lah, Ummi guarantee.

ELAK WARNA NUDE

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Bila gigi dah kuning dan korang pula pakai lipstick warna nude, it is a big mistake girls. Sebab ia akan menampakkan gigi korang lebih kuning dan tak ada kontra warna. Jadi elakkan pakai warna nude ni time keluar okay. Kalau boleh pakai warna yang terang macam coral, pink atau merah untuk nampak bibir lebih menonjol.

GUNA GLOSS

via GIPHY

Sebelum nak apply lipstick, apa kata try pakai lip gloss. Ia bukan je melembapkan bibir korang, tapi juga nampakkan bibir tu fresh and shining. Baru la nampak yang korang ni ceria dan ‘hidup’. Ada juga certain orang yang tak suka texture lip gloss ni sebab ia melekit. Korang yang tak suka texture macam ni mungkin boleh pakai pelembap biasa.

PAKAI PELEMBAP

via GIPHY

Korang kena tahu ni, bila bibir korang kering ia akan menambahkan pembentukkan plak di gigi tau. Jadi jangan ingat bibir dan mulut tak ada kena mengena ya, hihi. Sebab tu korang boleh guna pelembap untuk elakan bibir kering,  tak pun scrub bibir tu dua kali seminggu untuk dapatkan bibir yang lembut dan sihat.

JANGAN PAKAI MATTE

Sumber Gambar: https://www.shemazing.net

Matte ni memang lawa dan tengah trend sekarang. Tapi sebenarnya girls, lipstick jenis ni la membuatkan bibir korang lebih kering. Bila dah jadi macam tu, gigi korang yang kuning tu pun akan menyerlah. Nak senyum pun tak confident.

Sebelum keluar, korang kena perhatikan dulu diri dekat cermin. Kalau semuanya dah okay dan nampak macam comel je, macam cantik je, then boleh lah keluar dengan penuh yakin. Yang penting rasa confident nak senyum kat orang.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Selfie Filter Ke Main Game Dekat Snapchat?

Human Calculator Naikkan Nama Negara Di Peringkat Global!