in ,

Tips Packing Untuk Travel Naik Flight!

Sumber gambar: youtube.com/watch?v=9CtSxVeOCjg

Woohooo! Tak sabarnya nak pergi holiday next week dengan family! Banyak benda nak kena packing ni, fuhh kena prepare sekarang juga!

Bestnya dapat holiday dengan family! Mesti dah lama family korang plan nak berjalan kan? Akhirnya detik yang ditunggu-tunggu ni dah tiba! Tapi masalahnya sekarang ialah korang akan travel naik flight. So bila dah naik flight ni, tak boleh la nak bawak banyak barang since ada limit dan ada barang yang tak dibenarkan bawa. Since korang nak start packing this week, Ainaa nak bagi tips sikit macam mana nak packing untuk travel naik flight!

PLAN NAK PAKAI BAJU APA NANTI

Image result for aesthetic outfit
Sumber gambar: wattpad

Kalau korang travel dekat negara bermusim, make sure tahu dulu waktu tu tengah musim apa dekat tempat tersebut. So that boleh la korang bawa pakaian yang bersesuaian, bukan main pakai je baju nipis waktu tengah musim panas! Korang mesti dah tahu tentative nak kemana waktu dekat sana kan? Make sure korang plan terus nak pakai baju apa bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilakukan. Complete dari bawah which is kasut, seluar/skirt, baju dan tudung for hijabis. Tudung tu pula kalau boleh tak payah la bawa yang leceh nak iron, takut tak sempat nak iron itu ini. Bawa dalam sehelai dua extra pakaian juga ya, kita tak tahu apa yang akan jadi dekat sana. Kena bijak planning okay girls!

SKINCARE, TOILETRIES, MAKEUP DAN LAIN LAIN

Image result for travel pack toiletries
Sumber gambar: entrefamily

Bila berjalan ni mesti la nak maintain cute dan makeup on fleek kan?! Tapi takkan la nak bawa segala macam barang makeup dan skincare yang korang ada. Letak je dekat dalam travel pack supaya lebih senang nak bawa. BTW kalau korang bawa semua skincare liquid, kemungkinan besar barang tu bakal ditinggalkan dekat airport sebab kita tak dibenarkan untuk bawa barang cecair melebihi 100ml untuk naik flight. Sebab tu la kenapa kita kena transfer segala macam barang yang penting tu ke dalam travel pack dan jangan lupa label! Takut nanti pening dan tertukar pula kan. Tapi kalau setakat pergi dua tiga hari tu, tak payah la sampai beria bawa banyak sangat, buat rugi ruang dalam beg je. Barang makeup pun bawa yang basic je, korang takkan ada banyak masa nak bersiap dekat depan cermin sampai berejam.

BARANG GADGET DAN AKSESORI GADGET

Sumber gambar: faraamusa.blogspot

Dah nama pun bercuti, mesti la nak ambil gambar kenangan kan? Rugi la kalau berjalan ke tempat orang tapi tak ambil gambar dekat sana. Banyak juga barang elektronik yang korang kena bawa. Antaranya ialah wayar USB, charger camera, tak termasuk additional aksesori gadget korang yang lain. Asingkan semua tu dalam satu beg khas untuk barang elektronik supaya tak bercampur dengan barang lain. Untuk wayar tu, ikat bagi rapi supaya tak berselirat dan senang nak cari bila nak digunakan nanti. Letak barang-barang ni dekat dalam hand carry supaya senang untuk korang capai waktu dalam flight nanti. Kalau Ainaa pergi travel, Ainaa lagi suka bawa extension sebab senang nak charge phone, power bank dan kamera. Tak ada la berebut dengan orang lain nanti.

P/S: Kalau korang travel dekat luar negara, make sure beli portable charger ya sebab plug dekat sana tak sama dengan dekat negara kita.

LIPAT SAMPAI MUAT!

Image result for gulung baju
Sumber gambar: salaam.buzzkini

Kalau boleh satu almari baju nak bawa berjalan sekali kan? Sebab tu sampai tak cukup ruang. That’s why tips pertama tadi ialah planning pakaian dekat sana. Nak packing baju ni kena ada cara juga tau, bukan main sumbat je. Kalau sumbat memang tak muat la, luggage 25KG pun tak cukup juga untuk korang pergi balik travel. Untuk jimatkan ruang dalam luggage, korang kena gulung pakaian supaya tak merugikan ruang dalam tu. Jangan lipat biasa tau sebab lipat biasa tu akan makan banyak ruang dekat dalam luggage. Panties dengan bra pun korang kena planning juga nak bawa berapa banyak. Cara lipatan pun kena lipat kecil-kecil, kalau boleh paling nipis, tak payah lipat jadi bulat yang selalu korang lipat dalam almari tu. Tudung pun kalau boleh bawa yang nipis je supaya nanti nak lipat, tak ada la tebal sangat.

Apa yang penting tentang packing untuk travel naik flight ni ialah planning! Korang kena tahu apa yang korang akan buat dekat sana dan baru la urusan packing tu akan dipermudahkan. At the same time, korang pun tak perlu bawa barang yang berlebihan sampai membazir ruang dalam beg. Jangan lupa buat checklist juga! Happy holiday guys!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengaruh Media Sosial Buat Girls Obses Nak Cantik?

Cara Isi Masa Lapang Selepas SPM