in ,

Tips Nak Kurangkan Makan Khas Buat Korang Yang Nak Mula Diet

Sumber gambar: phinemo.com

Tidak dinafikan, kalau nak bersenam atau lakukan aktiviti riadah untuk sihatkan badan, ramai di antara kita boleh buat. Lebih lagi untuk korang yang nak diet dan amalkan gaya hidup sihat. Akan tetapi, tidak ramai di antara kita yang boleh jaga makan. Oleh sebab itu, ramai yang cakap tips nak kurus atau berdiet ini yang penting adalah jaga makan sebab lebih kurang 70% adalah berdasarkan diet pemakanan dan 30% lagi adalah senaman yang dilakukan. Jadi, macam mana sebenarnya nak kurangkan makan ini? Korang jangan risau, kami ada tipsnya! Untuk korang yang mula nak diet , jom baca! 

MAKAN 3X, 1 SNEK SEHARI

Sumber gambar: pinterest

Ada sesetengah orang yang berdiet ingat antara cara paling cepat dan efektif adalah dengan skip makan dan berlapar, atau yang lebih dahsyat adalah menjaga pengambilan kalori per hari. Sebenarnya, semua itu tidak salah pun tetapi cara korang sahaja yang salah sebab antara cara yang betul adalah korang kena pastikan diri korang cukup makan pada waktu sarapan, lunch and dinner. Untuk jumlah pengambilan yang baik juga korang kenalah sertakan snek sekali seperti kekacang, buah-buahan dan sayuran. 

LEBIH ZAT LEBIH BAIK

Sumber gambar: self

Selain itu, korang jangan terlalu fokus untuk elak makanan berlemak. Apa yang penting dalam pola pemakanan kita sebagai seorang manusia adalah cukup protein, fiber, karbohidrat, mineral, vitamin dan lemak pun penting. Jadi apa yang penting korang ambil setiap zat ini mengikut pola pemakanan yang sihat pun sudah memadai sebab bila badan cukup zat. Sudah pasti korang akan susah nak lapar sebelum waktunya, apa yang penting juga ia baik untuk sistem penghadaman badan.

MINUM AIR MASAK YANG BANYAK

Sumber gambar: pinterest

Ini juga antara alasan kuat kenapa korang kena minum air secukupnya setiap hari. Pastikan korang minum air dalam 2 ke 3 liter sehari sebab kalau korang minum air yang cukup. Ia akan buatkan korang kenyang. Bukan setakat itu, malah kulit korang dan badan korang pun tidak akan jadi letih dengan cepat sebab air masak memang ada mineral yang baik untuk badan.

GULA? NO! NO!

Sumber gambar: health line

Bukan tak boleh nak makan makanan yang mengandungi gula. Akan tetapi, kalau korang perasan, setiap kali kita mengambil makanan bergula dalam jumlah yang banyak, ada sesetengah dari kita yang akan kerap lapar pada waktu malam. Jadi, bagi mengelakkan korang lapar secara tiba-tiba. Elakkan makanan bergula dan juga makanan jajan pun sama ya.

TIDURLAH AWAL…

Sumber gambar: we heart it

Korang pun kalau nak elak makan pada tengah malam, silalah tidur awal. Bila korang tidur awal dengan lena, kemungkinan korang nak makan pada waktu tengah malam akan kurang. Badan korang pun akan dapat rehat yang cukup sebab kan korang dah penat buat aktiviti seharian pada siang hari.

Nampak tak, sebenarnya senang sahaja cara nak kurangkan makan. Apa yang penting, korang kena cukupkan zat penting untuk badan dan rehat yang cukup. Bukan tak boleh nak ada cheat day dalam seminggu. Akan tetapi, waktu korang cheat day itu pun janganlah makan sampai tidak ingat dunia ya!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sambutan Kemerdekaan Di Sekolah, No. 4 Paling Best!

Selepas India, Amerika Syarikat Pula Bakal Sekat Aplikasi TikTok!