in ,

Tips Nak Kekalkan Mulut Tidak Berbau Di Sekolah

Sumber gambar: weheartit.com/babiepugs

Setiap pagi mesti kita selalu make sure yang mulut kita tidak berbau sebelum pergi sekolah. Tapi bila dah pergi sekolah, dah breakfast, rehat makan dengan kawan-kawan, dan belum lagi bila korang beli jajan dan manisan yang best di sekolah itu memang boleh buat mulut kita ada bau macam-macam sebab dah makan macam-macam. Uish! Nak pastikan mulut kita kekal segar itu memang susah kan? Jadi kami ada tips yang berguna sangat untuk korang kekalkan mulut tidak berbau sepanjang korang di sekolah. 

CHEWING GUM

via GIPHY

Kerapkan kunyah chewing gum tapi ini kalau cikgu korang bagilah sebab tak silap, ada beberapa sekolah yang memang tak bagi korang bawa chewing gum langsung. Kalau korang kunyah dalam kelas pun, cover lah sikit supaya nampak lebih hormat pada cikgu yang tengah mengajar di dalam kelas.

MOUTHWASH

via GIPHY

Pastikan korang sentiasa guna mouthwash selepas berus gigi sebelum nak pergi ke sekolah. Atau kalau korang nak bawa mouthwash pergi sekolah dan guna selepas mengunyah apa-apa makanan.

MOUTH SPRAY

via GIPHY

Mouth spray ini adalah benda yang paling senang untuk korang bawa ke mana sahaja dan harganya memang murah. Mouth spray ini dia ada banyak perisa tergantung kepada mana yang korang suka. Tapi kalau nak rasa lebih segar, korang pilihlah yang berperisa seperti ubat gigi atau lemon.

MINTY THINGS!

via GIPHY

Korang boleh juga bawa gula-gula atau makanan yang berperisa mint! Seperti Mentos, Ecplise, Fisherman ke dan lain-lain. Semua gula-gula dan makanan yang berperisa mint ini memang membantu mulut korang kekal segar.

BERUS GIGI LEPAS MAKAN

via GIPHY

Nak lebih senang, korang bawa sahaja berus gigi dan ubat gigi ke sekolah dan pastikan setiap kali lepas makan korang berus gigi. Itu lebih mudah dan memang mulut korang confirm bersih! Kan sekarang banyak yang jual mini set yang memang mudah korang bawa dalam poket, jadi ia lebih mudah untuk korang bawa ke mana sahaja.

Senang saja kalau korang nak pastikan mulut korang kekal segar sepanjang korang berada di sekolah. Tak perlu pun beria beli ubat gigi mahal atau lain-lain. Kalau korang rajin amalkan tips yang kami kongsi ini, mesti mulut korang akan kekal segar di sekolah. Dan semua orang di sekeliling korang pun selesa nak bercakap dengan korang. Hehe!  

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Doktor Dolittle Kembali Beraksi Dalam Penggembaraan Bantu Ratu

Kucing Sebenarnya ‘Penjaga’ Kita?