in ,

Tips Nak Elak Dari Fashion Basi

Sumber gambar: https://www.closed.com/en/online-shop/

Zaman sekarang ni ada macam-macam jenis fashion, kadang-kadang tak reti nak ikut and kadang-kadang nak ikut tapi tak cukup bajet. Jangan risau ok girls sebab masih ada beberapa fashion ni yang tak mati ditelan zaman. Pakailah bila-bila pun, mesti boleh in dengan orang sekeliling korang.

T-SHIRT PUTIH

Sumber gambar: https://www.stocksy.com/2411714/white-shirts-and-tops-on-hangers

Kalau korang perasan trend T-shirt atau kemeja putih ini memang tak akan pernah basi. Kalau outing dengan kawan ke, ada majlis macam birthday atau apa saja pun, putih mesti akan jadi pilihan. Yang best pasal baju ni ialah korang boleh gayakan dari event formal ke event santai tau. Pairkan dengan skirt atau denim je, haaa, senang kan?

JEANS

Sumber Gambar: https://stylecaster.com/

Sekarang jeans dah ada bermacam-macam warna, ada hitam, putih dan bermacam lagi. Tapi girls, apa kata sekali sekala kita back to basic jeans iaitu denim biru. Denim biru ni dikira macam universal clothing tau sebab korang gayakan dengan apa-apa pun boleh dan tak nampak macam berat di mata bila orang pandang.

FLATS

via GIPHY

Banyak mana pun sneakers, heels, and sandal yang kita beli, flats juga akan jadi favorite sebab ia selesa untuk di pakai kemana saja, lebih santai dan chill. Tak payah susah-susah fikir kasut mana nak pakai untuk outfit korang, sarung je flats.

DRESS

Sumber Gambar: https://thefashiontag.com

Sama ada mini or long dress tetap jadi pilihan si gadis. Bila pakai dress ini kita akan nampak lebih ayu je dan feminin. Nak lebih trendy, korang pakai lah dress with lace, long or short cardigan. Ha! Rasa macam dekat Coachella pun ada hihi.

Tak semestinya nak in dengan orang sekeliling, kita kena ikut trend dorang. Cukuplah dengan apa yang kita selesa, walaupun fashion lama tapi masih onz. Jadi tak perlu lah keluar kan duit untuk ikut trend terkini. Membazir girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#Lunagirls Pembuli Atau Mangsa Buli?

Bahan Dapur Boleh Kurangkan Keputihan?