in ,

Tips Nak Borak English Ala ‘British Accent’

Sumber gambar: wilsonreviews.wordpress.com

Bahasa adalah salah satu cara untuk kita berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain. Ia juga mampu membuatkan kita untuk memahami tentang perasaan, emosi, keperluan dan kehendak tentang orang disekeliling kita. Di Malaysia bahasa yang pertama kita gunakan adalah Bahasa Malaysia. Selain dari itu, sebagai salah satu negara dengan kualiti pendidikan yang semakin meningkat, ramai dalam kalangan rakyat di negara ini mahir dalam menggunakan Bahasa Inggeris dan siap ada slang Manglish lagi, betul tak? Tetapi apa yang menjadi minat ramai orang pada masa kini, lebih lagi generasi muda, ramai di antara mereka suka sangat dengan British accent iaitu slang yang normal digunakan di United Kingdom secara umumnya. Ramai yang suka sebab Bahasa Inggeris British ini sebab ia dilihat lebih classy. Okay! Jom kami kongsi korang tips terbaik untuk pandai berbual dalam British accent sambil makan fish & chips.

TONTON FILEM & TV SERIES

Sumber gambar: Fandom

Banyak sangat filem Hollywood yang boleh korang tonton sambil belajar untuk mahir dalam Bahasa Inggeris British seperti Kingsman, Sherlock Holmes, Dunkirk, Harry Potter, Narnia, James Bond dan banyak lagi. Kalau nak cakap pasal TV series pula korang boleh chekout – The Office, Downton Abbey, The Crown, Sherlock atau Peaky Blinders. Selain korang dapat pengetahuan mengenai filem-filem & series ini, mana tahu suatu hari nanti korang boleh fluent sama macam pelakon-pelakon itu juga? Kan best kalau macam itu.

YOUTUBE

Tengok sahaja di Youtube sebab lagi senang dan korang boleh cari sendiri sama ada nak belajar pronunciation dulu ke tatabahasa dulu ke dan lain-lain. Elemen penting dalam nak belajar bahasa adalah dengar dan practice setiap sebutan itu banyak kali sehingga korang sudah ada keyakinan nak berbual dengan menggunakan British accent.

OXFORD 

Sumber gambar: Business Insider

Kalau kita tengok dari segi pronunciation akhir selalunya akan berakhir dengan ‘ise’ seperti realise, organise, recognise dan berbeza dengan yang digunakan di Amerika seperti ‘ize’. Dan sebenarnya banyak lagi perbezaan yang korang boleh jumpa dalam ejaan British dan Amerika seperti color dan colour, monolog dengan monologue. Sebenarnya senang saja nak tahu perbezaannya kalau korang rajin berusaha.

PODCAST

Sumber gambar: Bonoboz

Korang boleh jumpa dan install sendiri aplikasi podcast yang mengajar Bahasa Inggeris British dalam phone korang. Dia sama seperti aplikasi belajar bahasa yang lain tapi korang akan diajar bagaimana cara sebutan yang betul dan jika sudah terbiasa dengar orang yang bercakap dalam British slang menggunakan aplikasi ini, lama kelamaan korang akan pandai sendiri. Yakin dengan diri sendiri okay

BUAL DENGAN KAWAN & MAIN GAMES

Sumber gambar: PCgamesn

Sambil buat hobi yang korang suka ini khususnya yang suka main game, korang boleh juga cuba berbual dengan kawan-kawan online game itu dengan gunakan Bahasa Inggeris British dan kebanyakan permainan game pun memang gunakan Bahasa Inggeris British sebab ia lebih mudah digunakan dan difahami. Mungkin nampak macam poyo sikit, tapi whot evah!

Jika dalam perbualan pun korang akan dapat dengar dengan jelas yang mereka akan sebut car dengan sebutan caah, vase itu bunyinya vaz, never itu nevaah, theatre pula bunyinya tiyetaah. Di negara kita pun sebenarnya, sudah sejak azali kita belajar Bahasa Inggeris British tapi tidaklah terlalu ditekankan mengenai slang pronunciation yang betul sebab itu bunyi Bahasa Inggeris yang orang kita selalu bual kan lebih kedengaran seperti slang Amerika. Apa-apa pun, kalau korang nak nampak pandai dalam British slang, kata kuncinya adalah cuba ubah kebanyakan bunyi sebutan yang berakhir ‘er’ dengan ‘ah’. Confident itu penting juga ya! Hehe

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Nak Handle Orang Yang Biadap Bila Berborak

Perkara Korang Kena Buat Before Habis Tahun 2019