in ,

Tips Mudah Faham Subjek Akademik Di Sekolah

Sumber gambar: br.pinterest.com/mohsenjulia/

Bila masuk tahun baru, kebanyakan pelajar sekolah akan ada azam baru untuk korang nak belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam setiap subjek, betul tak? Akan tetapi tidak semua orang gifted untuk mudah faham dalam semua subjek dengan cepat. Jadi, korang yang jenis perlu belajar bersungguh-sungguh, korang haruslah akan struggle untuk cuba juga memahami sesuatu subjek itu, setuju tak? Jom LUNARIA kongsikan dengan korang semua tips untuk mudah faham subjek akademik supaya untuk tahun baru ini, semoga keputusan peperiksaan korang akan jadi lebih baik dari sebelum ini.

CATAT

Sumber gambar: Pin Interest

Yang pertama, korang wajib catat semua nota yang diberi oleh guru dan korang juga perlu tulis segala point penting yang cikgu korang katakan dalam kelas. Kalau cikgu korang laju sangat, korang minta mereka untuk cuba ulang semula sebab kadang-kadang, apa yang cikgu kata dan sebut dalam kelas adalah lebih penting daripada nota yang perlu korang salin semula dari papan putih dalam kelas.

KELAS TAMBAHAN

Sumber gambar: Pin Interest

Selain itu, korang juga perlu pergi ke kelas tambahan untuk lebih memahami subjek akademik itu, sebab bila di kelas dalam masa satu jam itu hanya masa untuk korang fahami dan belajar dahulu. Akan tetapi, bila korang datang ke kelas tambahan, guru di situ akan ajar, beri kefahaman lebih lagi dan akan terus buat beberapa soalan yang akan uji korang sama ada benar atau tidak korang sudah faham apa yang dipelajari. Latihan demi latihan di dalam kelas tambahan itu sebenarnya memang sangat membantu korang. Jadi, jangan malas pergi kelas tambahan ya.

MINTA KAWAN AJAR

Sumber gambar: Pin Interest

Seterusnya, korang juga boleh minta tolong kawan untuk ajar korang. Atau kalau ada yang jenis kedekut nak ajar itu, korang cari sahaja kawan lain yang sudi untuk ajar dan sama-sama belajar dengan korang. Kadang-kadang, apa yang kawan ajar pun boleh membantu kita untuk memahami subjek tersebut dan mereka boleh beri contoh yang dekat dan mudah dari sekeliling korang sebab korang sama-sama masih berfikiran anak muda gitu… setuju tak?

TERUS BUAT NOTA

Sumber gambar: we heart it

Korang juga perlu untuk terus buat ringkasan nota dari setiap bab yang korang sudah pelajari di sekolah dan kelas tambahan sebab nanti bila korang ada masa lapang untuk belajar, korang hanya tinggal nak baca semula dan fahami sahaja subjek akademik itu. Apa yang penting, sewaktu sudah dekat musim peperiksaan nanti, korang tak perlu belajar lebih masa lagi sebab semua nota korang sudah siap! Hehe!Β 

Sebenarnya, nak belajar ini senang sahaja. Cuma ia tergantung pada diri korang nak mula kan sekarang atau nanti. Kalau korang lakukan mulai sekarang, korang tak perlu nak gigih bila sudah tiba musim peperiksaan. Kalau jawapan korang nanti untuk mulakannya, maka lambat jugalah korang punya tahap nak memahami subjek akademik itu. Apa-apa pun, kalau korang rajin sekarang memang banyak faedahnya. Percaya pada diri sendiri yang korang boleh buat okay!Β 

What do you think?

31 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Idol Hot Yang Bertindik!

Ini Pantang Larang Lepas Putus Cinta