in ,

Tips Mudah Dan Cepat Supaya Kasut Tak Berbau

Sumber gambar: in.pinterest.com/17princess_b4baby

Selain pakaian, tudung, wajah dan sebagainya, penjagaan di bahagian paling bawah anggota badan kita pun kena jaga dan ia adalah di bahagian kaki dimana kita selalu pakai kasut. Korang tahu atau tidak, sebenarnya jika korang tak pernah nak jaga kebersihan kaki dan kasut, bau yang akan dihasilkan lama kelamaan memang hapak dan busuk sangat sampai orang sekeliling korang pun tak akan selesa nak duduk dekat dengan korang. Jadi kali ini, kami akan kongsi dengan korang beberapa tips supaya kasut tak berbau.

CARA CUCI KAKI

Sumber gambar: fresh air boutique

Perkara yang paling penting, sudah tentu bermula dari kaki itu sendiri. Korang kena pastikan setiap kali mandi atau balik rumah. Korang kena cuci kaki korang menggunakan sabun dan pembersih kaki itu di setiap celahan kaki dan jari kaki korang dengan sebaiknya. Kalau boleh, setiap seminggu, korang skrub kaki korang dua kali dan sapu losyen untuk kekalkan kelembapan kulit kaki. 

SOCKS IS OUR SAVIOR

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, korang kenalah kerap pakai stokin. Selain dapat lindungi tapak kaki korang dari menjadi kasar. Stokin juga adalah penyelamat supaya kaki korang tidak mudah berbau. Biasanya, kalau korang tengok kasut orang yang jarang pakai stokin ini memang mudah sangat berbau. Iyalah, mana tidaknya sebab kaki pun mudah berpeluh. Walaupun ia jarang kena matahari dan bila kaki mudah berpeluh, sudah pasti ia akan kaki dan kasut korang berbau.

SPILL SOME TEA?

Sumber gambar: pinterest

Seterusnya, untuk kasut pula. Jika kasut korang itu berbau hapak. Selepas pakai kasut seharian itu, korang bolehlah letak uncang teh di dalam kasut korang. Ini sebab uncang teh sedikit sebanyak boleh hilangkan bau kasut korang yang busuk itu dan berfungsi sama seperti biji kopi yang mampu neutralize bau kasut yang hapak.

BAKING SODA

Sumber gambar: the family handyman

Alternatif lain selain korang gunakan uncang teh, korang boleh juga letakkan baking soda dalam kasut korang semalaman. Iya, pastikan hanya semalaman sahaja korang letak baking soda dalam kasut korang yang berbau sebab nanti kalau korang biarkan lama-lama, nanti lupa dan korang main sarung saja kasut itu macam mana?

SELANG SELI PLEASE! 

Sumber gambar: trend hunter

Korang juga boleh gunakan kasut yang berbeza untuk setiap hari secara selang seli. Contohnya, jika korang ada 3 pasang kasut, korang gunalah setiap satu kasut yang berlainan untuk setiap 3 hari dan hari-hari seterusnya. Jika korang kerap gunakan kasut yang sama setiap hari. Kasut korang mesti akan cepat rosak dan bukan setakat itu saja, malah ia akan berbau juga. 

Jadi, selepas ini bolehlah korang take note dengan tips supaya kasut tidak berbau yang kami dah kongsi dengan korang. Oh! Kalau korang ada kawan yang kaki dan kasut dia bau macam ikan kering pun, apa kata korang bagi kawan korang tips yang kami dah share ini juga? Tak adalah nanti orang lain sekeliling kawan korang kena melalui saat getir ‘terhidu’ kasut berbau, setuju tak? 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Bergambar Tapi Malu, Boleh Ikut Tips Ini!

5 Alasan ARMY Kenapa BTS Dikenali Worldwide