in ,

Tips Mencegah Covid 19 Lebih Baik Daripada Merawat!

Sumber gambar: lunaria.com.my

Kita biasa dengar yang mencegah lebih baik daripada merawat. Iya, itu memang betul sebab kalau korang nak merawat itu memang lebih susah sebab waktu itu korang dah terkena penyakit. Jadi, bila sekarang ini wabak Covid 19 ini sudah menjadi salah satu masalah dunia, kenapa tidak kita semua dengar saranan dan pesanan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti polis dan KKM supaya kita tidak menambahkan lagi bilangan pesakit yang terkena Covid 19? 

BERJEMUR

Sumber gambar: weheartit

Bila korang bangun pagi itu, apa kata korang cuba berjemur di bawah matahari sebentar dalam masa 10 ke 15 minit? Ini sebab ada beberapa pakar yang sebut bahawa suhu panas mampu membunuh kuman dan virus pada badan kita. Eh? Tapi ini bukan bermakna, bila tiba musim panas automatik Covid 19 itu hilang ya. Apa yang penting, korang jangan terlalu mengeluh bila cuaca semakin panas ya, anggap itu salah satu peluang korang untuk ada kulit yang lebih sihat. Jangan lupa pakai sunblock juga ya! 

KEBERSIHAN TANGAN

Sumber gambar: weheartit

Rasanya sudah banyak kali kita diingatkan untuk kerap menjaga kebersihan tangan, betul tak? Okay, pastikan korang kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan gunakan hand sanitizer yang disediakan di rumah atau di mana-mana sahaja. Oh ya! Korang jangan sentuh muka korang guna tangan juga sebab takut kuman lebih cepat tersebar di kawasan muka korang juga.

KERAP MANDI

Sumber gambar: society19

Selain itu, nak rasa lebih bersih dan segar, korang patut kerapkan mandi. Kalau dapat mandi sehari tiga kali pun sudah memadai. Mandi itu pun mampu buatkan badan kita lebih bersih dan buatkan badan kita lebih bersemangat. 

KUMUR AIR GARAM

Sumber gambar: savina dental

Seterusnya, disebabkan virus Covid 19 ini akan berkumpul pada bronchial tubes atau sistem pernafasan sesetengah pesakit Covid 19. Korang digalakkan juga untuk sentiasa berkumur dengan air garam. Kalau korang nak berkumur itu, kumur sehingga kena pada anak tekak korang tapi jangan sampai tertelan ya! 

MINUM AIR

Sumber gambar: pinterest

Akhir sekali, ini rasanya kalau bukan musim wabak Covid 19 pun sudah ramai pakar kesihatan yang pesan. Minum air dengan secukupnya setiap hari pun membantu diri korang untuk cegah diri dari terkena jangkitan Covid 19. Selain itu, korang juga kena pastikan minda korang sentiasa positif juga ya semasa Covid 19 ini!

Antara lima perkara yang paling mudah ini memang nampak senang saja tapi tak semua orang mampu nak disiplinkan diri untuk praktikkannya semasa perintah kawalan pergerakan. Masih ramai lagi antara kita yang degil dan keluar rumah, walhal arahan yang mudah untuk duduk di rumah itu adalah yang paling mudah.

Apa kata, kita jadi sebagai salah seorang manusia yang prihatin dan sentiasa ingatkan keluarga, kawan, saudara mara dan orang yang kita sayang supaya ada rasa tanggungjawab untuk ikut arahan perintah kawalan pergerakan yang mudah sangat. Eh? Korang ini, bila di sekolah atau tempat kerja bukan main nak I wish I can stay at home gitu. Tapi bila dah diberi peluang duduk di rumah waktu inilah kaki itu gatal nak keluar! Apa-apa pun, kalau korang cuba praktik lima benda yang kami kongsi itu, mudahan kesihatan kita baik-baik sahaja. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Movie ‘Harus’ Tonton Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Kesan Buruk Bila Selalu Pakai Pewarna Kuku