in ,

Tips Menabung Paling Senang!!

Image Source: theinsidewordonline.com

Hola #Lunagirls! Pernah terfikir untuk menabung sebagai hobi? Kalau korang jadikan menabung salah satu hobi korang, fuhh untung beb! Dan siapa cakap pelajar sekolah susah menabung? Pelajar lagi senang menabung tau! Hihi! Harini LUNARIA kongsikan beberapa tips untuk korang menabung dengan mudah!

via GIPHY

 

HADKAN PERBELANJAAN DI SEKOLAH
Waktu rehat nanti, #Lunagirls beli makanan dan minuman yang perlu je okay? Jangan shopping pula dekat kantin tau girls! Haha! Psst, lagi senang kalau bawa bekal siap-siap dari rumah! Jimat!

MULAKAN DENGAN RM1 SEHARI
Bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! #Lunagirls boleh mula dengan asingkan RM1 tiap kali bila dapat duit belanja! Ala…seringgit je, boleh kan? Kalau balik sekolah ada lebih duit belanja tadi, haa masukkan je terus dalam tabung!

via GIPHY

 

SIMPAN DUIT POKET DARI SAUDARA MARA  
Rezeki beb! Orang panggil ‘bonus’ sebab dalam masa korang salam saudara-mara tu, ada pula duit tersorok dekat tangan! Ha… waktu ni lah yang sesuai untuk korang simpan duit tu! Dengan cara ni, tabung korang boleh bertambah dengan laju! Yay! Hehe!

SIMPAN DUIT RAYA
Satu lagi cara mudah menyimpan ialah dengan duit raya! Setiap kali raya mesti #Lunagirls akan dapat duit raya daripada family kan? Haa walaupun raya setahun sekali, tapi kalau sekali dapat terus terfikir macam-macam nak beli! Haha! Cuba simpan 30% daripada jumlah duit raya korang dalam tabung okay? 

Cuti sekolah tak lama lagi, so nanti nak keluar lepak dengan your squad senang dah ada duit belanja sendiri! Hihi! #Lunagirls cuba tips and tricks ni okay? Good luck girls~~

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah Kulit Cantik Guna Ais Je!

#Lunagirls Nak Muka Natural Beauty? Cuba Tips Ini!