in ,

Tips Masuk Sekolah Semula Setelah ‘Cuti Lama’

Sumber gambar: pypduniablog.wordpress.com

Woah! Mesti ramai di antara korang yang tak sabar nak kembali ke sekolah kan! Sebab nak jumpa cikgu, nak belajar semula, nak jumpa dan lepak dengan kawan-kawan dan banyak lagi! Dalam masa yang sama juga, mesti ada juga di antara korang yang nak berazam nak jadi lebih baik di sekolah kan? Iya lah, hari itu belum sempat nak jadi yang terbaik di sekolah, eh! Tiba-tiba kena kuarantin pula kan? Haha! Jadi, jom cuba tips nak masuk sekolah semula setelah sekian lama korang tak jejak kan kaki di taman ilmu.

MASUK KELAS AWAL

Sumber gambar: pinterest

Pertama sekali, apa yang perlu korang buat adalah cuba untuk hadirkan diri ke sekolah dan masuk ke kelas dengan lebih awal. Cuba usahakan diri korang untuk duduk di barisan kedua hadapan di dalam kelas sebab itu adalah barisan yang paling terbaik untuk korang fokus belajar di dalam kelas. Korang juga akan lebih mudah untuk bertanya soalan dengan cikgu tau! 

JAGA TINGKAH LAKU

Sumber gambar: cinema romantico

Bila dah lama tak ke sekolah, apa kata korang pasang azam untuk jadi pelajar yang terbaik tidak kisah lah sama ada dari segi diri sendiri mahupun akademik. Korang harus menjaga tingkah laku korang untuk menjadi yang paling the best, sebab bila korang jaga kelakuan, maka akan ramai orang yang sayang pada diri korang. Tak kisah sama ada cikgu ke, kawan ke dan orang sekeliling korang mesti senang dengan korang.

SENTIASA AKTIF DALAM KELAS

Sumber gambar: pinterest

Selain itu, pastikan juga korang sentiasa aktif dalam kelas bila sekolah dah mula nanti. Cuba lah siapkan diri untuk buat macam-macam hal, mungkin juga boleh jadi ada rombakan atau ada aktiviti penting  dalam kelas dan cuba korang jadi salah seorang yang rajin volunteer untuk jadi pemimpin dalam hal itu dan juga, rajinkan diri untuk sentiasa bertanya pada cikgu okay! 

BLOCK SEGALA HAL NEGATIF

Sumber gambar: pinterest

Ya, bila dah masuk sekolah nanti. Pastikan juga diri korang telah mem-block segala hal yang negatif. Ini sebab kita nak masuk sekolah dengan harapan segala hal akan jadi lebih baik pada masa akan datang dan supaya hal buruk itu tak akan beri kesan pada diri korang. Sebaiknya, korang buang semua hal itu awal-awal supaya korang akan sentiasa stay positive! 

PATUH SOP

Sumber gambar: ga go daily

Akhir sekali, ini antara bahagian yang paling penting. Korang masih wajib untuk mematuhi SOP di sekolah. Bila dah jumpa kawan-kawan semua, mesti kita akan excited dan nak peluk lah, nak keluar sama-sama lah dan banyak lagi hal yang korang nak buat dengan kawan kan… jadi, pastikan diri korang dan kawan korang itu ingat dan patuh pada SOP sebab kita tak nak ada gelombang kedua atau penyakit lain lagi yang muncul.

Jadi, untuk korang yang akan mula bersekolah lagi beberapa hari ini. Selamat kembali ke sekolah. Jangan lupa siapkan segala kerja sekolah yang telah cikgu beri dan korang juga harus ada azam yang lebih baik tau! Walaupun ada di antara korang yang dah dibatalkan peperiksaan penting tapi itu bukan bermakna korang boleh lebih relaks dalam belajar ya! Hehe! 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Face App Jadi Trend, Ini Sebab Mufti Larang

TWICE Rekod Jualan Album Terbanyak di Korea, Blackpink Pecah Rekod di YouTube