in ,

Tips Kekal Cantik Walau Hanya Duduk Rumah Sahaja

Sumber gambar: Pinterest.com

Aduh, baring je pun boleh tumbuh jerawat dekat muka ni? Ala, mana boleh macam ni dah duduk rumah tak keluar pergi mana-mana pun tetap breakout juga muka ni?

Memang la muka korang boleh breakout kalau bangun pun tengahari dan petang baru nak mandi? Bila muka korang nak bersih? Jangan la sebab duduk rumah je korang langsung taknak mandi kot? Duduk rumah pun kena la cantik juga walaupun kita tak dapat nak makeup then selfie cantik-cantik. Iya la, takkan duduk rumah saja pun nak pakai makeup? Bising mak korang tu nanti tengok korang bersiap semua.

Bukan la maksud Ainaa duduk rumah kena cantik tu ialah korang kena pakai makeup. Korang dah mandi pun cukup cantik dah tau. Ni Ainaa nak share beberapa step untuk kekal jadi cantik walaupun korang berada di rumah.

MANDI AWAL

πŸ’Shower tips & tricksπŸ’ on We Heart It
Sumber gambar: Weheartit

Bangun je pagi tu terus mandi dan jangan sesekali korang scroll phone atau cari makanan dekat dapur. Mandi dulu kasi wangi, cuci rambut, cuci muka bersih-bersih then baru la pergi makan. Tak salah pun mandi awal pagi, at least badan rasa segar dan tak mengantuk dah. Bila dah mandi takkan nak sambung baring dan tidur lagi kan? Cari la apa-apa aktiviti yang bermanfaat selain scroll social media. Bagi phone tu rehat sekejap okay? Ehh, dah mandi pun korang terus nampak cantik sebab dah tak ada air liur basi, hehe!

PAKAI FACE MASK

Image about girl in β€’Skincareβ€’ by Sheo on We Heart It
Sumber gambar: Weheartit

Ya, ‘cuti’ panjang ni la masanya untuk korang cantik! Just imagine kalau daripada mula RMO haritu korang dah start pakai face mask, jaga muka and all, mesti korang flawless! Biasakan diri pakai face mask yang berlainan setiap hari. Tapi kalau malas sikit, dalam dua hari tu pakai sekali pun dah memadai. Then scrub sikit muka bagi hilang semua kekotoran yang ada dekat muka korang tu. Waktu ni juga la muka korang bebas daripada makeup. ‘Basahkan’ muka dengan skincare yang teratur supaya muka korang dapat khasiat yang sepatutnya. Nak lagi best, korang buat face mask sendiri. Pakai buah tomato, timun, betik atau apa sahaja yang sesuai.

PAKAI WANGI WANGI

Perfume Meme | Perfume quotes, Fragrance quote, Smell quotes
Sumber gambar: Pinterest

Walaupun korang tak pergi mana-mana tapi tak bermaksud korang tak boleh nak berwangi-wangian. Wangi tu bukan setakat pakai perfume tau. Cuci rambut, pakai sabun wangi, baju bau harum pun dikira wangi-wangian ya. Bila dah wangi ni baru la aura positive datang kepada korang. Tak ada la masuk je pukul 12 dah mula bergaduh dengan adik korang tu. Nak bertambah lagi extra, spray sekali bilik korang dengan perfume atau lilin wangi. Lagi best, pasang lilin dekat satu rumah, bagi semua orang dalam rumah tu dapat aura positive. Then bila dah petang semua orang tidur, bangun je daripada tidur sambung balik pasang lilin. Kata keluarga bahagia, kena la buat aktiviti termasuk tidur sama-sama juga kan, haha!

MAKEUP

via GIPHY

Tadi Ainaa cakap tak perlu makeup kan? Sekarang Ainaa ubah fikiran dan nak ajak korang pakai makeup sekali. Bila kali terakhir korang pakai makeup? Ainaa last pakai makeup ialah minggu lepas. Since esok weekend, boleh la kita main makeup makeup sekejap sementara mengisi masa lapang tu. After dah makeup boleh la selfie sikit then post dekat social media. Lagi best kalau dapat buat video TikTok dalam dua atau tiga ke. Boleh la tambah followers dekat TikTok tu. Tapi jangan selalu sangat pakai makeup ni, nanti terkejut mak korang. Bukan tu je, makeup pun boleh habis cepat tau.

Korang pernah tak ada masa tu rambut korang jadi cantik sangat tapi waktu tu korang tak mandi dan korang perlu mandi. Faham tak macam mana perasaan berbelah bagi bila rambut on point, tapi kita tak mandi lagi. So korang pun decide untuk tak mandi sebab rambut tengah cantik, haha! No no no jangan buat macam tu ya. Mandi tetap mandi!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 K-Pop Idol Pernah Ada Misai Bak Lelaki Macho

Banyak Sangat Minum Kopi TikTok, Ini Keburukan Kaffein