in ,

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Semasa Belajar

Sumber gambar: pinterest.com/collegexpress

Sebagai seorang pelajar, belajar itu memang sudah menjadi kewajipan kita untuk buat sebaiknya supaya nanti kita dapat tiket untuk capai cita-cita dan apa sahaja impian kita, setuju tak? Akan tetapi, ia juga memang biasa terjadi, bila tiba sahaja waktu belajar, kita akan rasa mengantuk. Tak kiralah korang pelajar pandai ke atau kurang pandai, bila waktu belajar sahaja kita akan mengantuk sedikit. Dan biasanya waktu kita tengah belajar seorang diri akan ada banyak sangat gangguan yang datang pada diri kita. Okay, hari ini LUNARIA akan kongsi dengan korang tips and tricks untuk hilangkan mengantuk waktu belajar yang boleh korang cuba.

KUNYAH CHEWING GUM

via GIPHY

Waktu korang belajar nanti, korang bolehlah cuba untuk kunyah chewing gum. Lebih baik kalau chewing gum itu rasanya agak kuat dan berangin sebab itu memang boleh buat korang segar dan ada semangat semula untuk belajar. Kalau korang jenis yang tak makan chewing gum, korang boleh cuba ambil gula-gula kegemaran korang okay!! Tapi jangan pula makan mee goreng, nasi lemak, maggie sup dan sebagainya.. nanti kenyang makin mengantuk jadinya. LOL!

MINUM AIR MASAK

via GIPHY

Kita juga akan rasa mengantuk pada waktu yang tak sepatutnya kerana otak kita kekurangan oksigen. Jadi sebenarnya masalah mengantuk kita ini memang senang sahaja nak selesaikan  dengan hanya dengan minum air masak. Itu juga adalah sebab kenapa korang wajib ambil air yang secukupnya untuk badan korang. Jadi, minumlah air masak sekurangnya satu hingga dua liter setiap hari.

EXERCISE

via GIPHY

Antara cara lain yang boleh korang lakukan adalah bersenam. Korang buat jumping jack, push up, dan sit up setiap kali korang mula rasa mengantuk. Kalau korang buat percayalah, mata korang pasti akan segar. Kalau tak jadi juga, korang cuba bernafas dengan tenang sambil berdiri tegak. Ini supaya korang akan rasa lebih tenang untuk sambung belajar semula. Iyalah belajar agak memenatkan kepala kita.

TIDUR SEBENTAR (NAP)

via GIPHY

Cara terakhir kalau semua cara yang kami kongsi tadi tak jadi juga, sebaiknya korang tidurlah sebentar dalam masa setengah jam atau 15 minit, ikut target masa yang korang nak belajar. Mungkin ini disebabkan badan korang penat sangat, sebab itu korang buat apa pun dah tak boleh dan jangan paksa diri sangat tetapi nap sahaja okay. 

Sebenarnya, dalam belajar ini tak ada apa yang perlu korang rushing sangat pun. Korang boleh sahaja ambil masa sendiri dan cuba bahagikan masa dengan baik kalau korang susun jadual korang. Jadi, di samping ilmu korang itu kekal tersimpan dalam kepala, kesihatan badan korang pun akan lebih terjaga dan kadar tekanan korang pun akan kurang. Selamat belajar!

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Betul Ke Warna Hitam Buat Kita Nampak Kurus?

Jenis-Jenis Mask Yang Korang Perlu Tahu!